Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

The Best About 2011

esok dah tahun baru 2012. umur bertambah satu digit. tapi syukur masih bergelar 20an. hehe. sekarang ni kat Seremban, baru sampai. so nak gak update kejap sebelum telan nasi arab.

pencapaian terbaik saya untuk 2011 ialah,

SAYA BERJAYA MENGANDUNG DAN SELAMAT MELAHIRKAN ARSYAD HADI.

sekian terima kasih.


p/s - nampaknya no baby for 2012. bak kata Mommy Yun, jom baby 2013! sape nak geng cepat join!!! =P

Kisah Air Selusuh

time hujung-hujung kehamilan (ewah kehamilan kau!), mama & papa macam orang lain jugak, sentiasa eksaited nak sambut baby. so preparation dah start seawal 4bulan. doa untuk buat air selusuh pon kakngah dah kasi. eh ada watak baru pulak. kakngah ialah kakak ipar ye. I kan anak sulung. ingat tu. =P kakngah kata, air selusuh boleh buat anytime dah, tapi boleh strat minum start 7bulan TAPI bila rasa contraction saje. eh, inikan my first pregnancy. so contraction pon tak tahu apekebenda. dah tu perut I kan tebal uols, haruslah tak dapat membezakan contraction dengan movement anak plus bunyi kelaparan. eh tetibe. =P

nak ke doa air selusuh? nah amek.


DOA SELUSUH UNTUK DIBACA OLEH SUAMI
MOGA DAPAT DIMANFAATKAN
Pertamanya niatkan ikhlas kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan bersalin.

1) membaca surah al fatihah dan selawat ke atas nabi

2) membaca ayat 54-56 surah al a'raf sebanyak 3 kali






3) membaca ayat pertama surah at-tariq sebanyak 3 kali

4) membaca ayat kursi sebanyak 3 kali
5) membaca permulaan surah qalam sebanyak 17 kali, nun pada permulaan surah dikatakan membawa makna nasir (penolong) dan nur (cahaya)


6) membaca bahagian terakhir ayat 104 surah yusuf sebanyak 17 kali


7) membaca surah mu`awwizatain (surah al-falaq dan surah an-nas) sebanyak 3 kali

8) membaca doa nabi yunus dalam perut ikan nun dalam ayat 87 surah anbiya' sebanyak 17 kali


9) akhir sekali baca "ya fattah bila miftah iftah lana bihurmati ummi musa bint lawi bin ya'kub salawatullahi taala 'alaihim ajma'in wa bihurmati buduhi" sebanyak 17 kali.

Doa-doa ni boleh dibaca sama ada pada 3 biji pisang, atau air masak atau minyak. Kalau pada pisang hendaklah dimakan terus. kalau air dan minyak sapu pada perut dari atas ke bawah.

kalau bunga akar fatimah tu rendamkan dalam air, then minum..

wallahua'lam...

ok selesai doa untuk buat air selusuh. mama tak usik langsung air selusuh ni sampai la tau kena induce by EDD. so malam sebelum admit tu mama sapu air ni kat perut dengan harapan dapat la rasa contraction pastu. tapi kuasa Allah kan Maha Hebat, mama tak rasa apa-apa. nak minum tak berani pulak. hehe. tau takut. ye lah, kot la terberanak tetengah malam tu, sian pulak kat hasben nak usung ke PPUM. pastu mesti menyusahkan & merisaukan semua orang. sempat pikir orang lain lagi kan. huhu.

sudahnya esok pagi bila gi PPUM, terlupa pulak nak bawak masuk air selusuh dalam labour ward. ye lah, katanya tak boleh bawak masuk apa-apa. pastu dengar nurse pesan kat patient lain, jangan minum air selusuh kalau tak rasa sakit. dah bukak 7cm baru minum. kang awak gak yang melolong. huhu. garang kan nurse itu? so memang tak pikir langsung nak bawak air selusuh. dah tu kan mama time induce baru bukak 1cm, so lama lagi la perjalanan nak minum air selusuh. sudahnye sampai ke petang pon baru bukak 4cm, plus mama dah penat takleh nak push, dengan Arsyad Hadi dah terbelit tali pusat lagi, doc pon decide untuk czer sebab nak selamatkan baby. sudahnya, air selusuh tinggal kenangan.

persoalannya sekarang, APA YANG SAYA NAK BUAT DENGAN AIR SELUSUH NI? nak minum bahaya tak? kalau buang sayang pulak, dah baca ayat Quran tuuu. sian papa penat keluar air liur baca panjang-panjang. hehe. so sape-sape yang ada experience cam saya tak sempat minum air selusuh ni sila advise ye apa yang perlu dibuat. timo kasih.

esok den balik somban bai. =P

Rindu Sama Itu

rindu sama itu PERUT BUNCIT!!!! hoh, Arsyad Hadi baru dua bulan dah nak kasi adik? bukan bukan bukan. tadi baca blog Kak Mimy pastu tengok dia tengah sarat oh, syahdunye! (tetibe) sebab eksaited time pregnant dengan eksaited pegang baby lain tau. lain sangat.

I kan tunggu lama nak pregnant. so once pregnant tu rasa macam nak ada sorang cameraman yang record movement & development perut 24/7. memang la boleh je nak amek gambar perut tetiap hari tapi ingat sepanjang tempoh pregnant tu takde morning sickness ke? tu belum lagi dengan melepek kepenatannya, sakit kakinye, sakit pingganye, dengan susah nak bangun, nak duduk. haiiiiii, memacam la pe'el orang pregnant ni kan.

Kalau dulu time pregnant semua orang pon care dengan kita. bukan sekarang orang tak care, tapi time pregnant SUPER EXTRA CARE ok! sikit-sikit, eh, takpe-takpe. =P pastu pegi memana orang dahulukan kita kan? nak naik lif ke level 1 pon orang tak kisah. siap tak yah berebut lagi. hehe. dapur pon tak berasap sangat. papa tak kisah pon mama tak masak. yang bestnya siap tanya tetiap hari, harini mama nak makan apa? =P huiiiiii, sebut la pelik-pelik punya, kompom dapat. hehe. bayangkan sehari sebelum nak induce leh nak makan ayam penyet kat kampung baru, tup tup sarung baju zassss. nah silakan makan. sampai kat sana, ada satu family ni dok la menengok saya makan dengan muka merah berpeluh-peluh sebab pedas. ye lah, awak tu pregnant kan. tapi bantai gak pedas. rasakan. ingatkan leh la nak kasik baby keluar cepat, tapi takdenyeeeee.

since saya dah kena belah, so doctor kata you have to plan to get another baby minimum of two years. hambek! dah la nak mendapatkan Arsyad Hadi ni pon dekat 2 tahun, so nak merancang lagi 2 tahun? bukan la saya tak kesian pada diri sendiri, tapi macam yang saya selalu kata pada diri sendiri masa tak dapat pregnant, SAYA PERCAYA DENGAN KUASA ALLAH. ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI SAYA. saya tau luka czer tak sama macam orang deliver normal, tapi just imagine, kalau saya merancang, saya rasa macam saya sekat rezeki yang Allah nak bagi. sebab? selama ni saya dok tunggu bila Allah nak bagi saya anak, tapi bila Allah dah bagi saya anak, saya sekat pulak untuk dapatkan anak kedua. rasa macam tak betul pulak. so saya rasa, sekat ala kadar je dah la. (pepaham je la yek!) takyah la nak cucuk-cucuk, pasang implan bagai. kalau pasang pun, bila Allah kata kunfayakun, lekat jugak ye dak?

apapun saya terrrrrsangatlah happy dengan life sekarang dengan kehadiran boyfren terbaru, Arsyad Hadi. pasni nak dapat girlfren pon best gak kan? leh pakaikan pink semua. hehe.

The Best Disposable Nursing Pads

heh, kekdahnya nak buat review bergambar tapi tak dapek la nampaknya sebab mostly try time dalam pantang. so paham-paham je la dalam pantang memang dok leka dengan anak je lah. so gambar semua adalah carian google sajek.

time pregnant punye la tak kisah nak beli nursing pads ni sebab tak tau dengan pencapaian susu badan cemane kan. tapi kau, sekali datang dia punye bengkak, umangaiiii memang sakit ketiak dibuatnye. so nak tak nak, haruslah dipam keluar susunya. tapi tu kalau bengkak, kalau tak bengkak pon, meleleh-leleh macam anak mata air gunung tu dia punya mengalir. sampai basah baju ok! so apa yang perlu kita buat puan-puan, ialah pakaikan pads pada cik nipple kita ye.

memula, mintak tolong ibu belikan nursing pads. sebab time tu dah start pantang kat seremban, so hasben balik kejap-kejap je. nak tunggu dia balik baru nak beli memang tak la sebab tak tahan ok dengan rembesan susu ni. bayangkan time mandi pon boleh menitik-nitik? gile pulak rasanya kalau bawak botol susu nak tadah susu tu dalam bilik air. hehe.
the first trial is Fiffy Deluxe Disposable Breast Pads. (oh lupa nak cakap, nursing pads ngan breast pads adalah mende yang sama) price RM25 kat Giant, ada 24 pcs je. so sekeping singgit, singgit lagi packaging kot. huhu. tapi berbaloi pakai sebab penuh satu cup bra & tebal sikit compared to others. tapi haritu tengok kat Family Store RM18.90 jek. sengal punye Giant! yang best ialah packaging sekeping-sekeping. so kalau cik breast sebelah dah penuh, leh bukak peket lain. ada satu sticker kat belah atas. so tampal leklok la ye.

second trial, Tollyjoy Disposable Nursing Pads. harga RM23.90 kat Family Store, ada 40 + 8 pcs. yg 8 pcs tu free konon. pad dia ok, penuh satu cup bra jugak. sticker ada satu gak belah atas. tapi packaging sekali sepasang (maknanya dua keping). so kalau cik B sebelah dah penuh, terpaksa bukak satu peket, tapi pakai satu je. so cane yang lagi satu? agak terdedah di situ sebab kita nak cover nipple, pastu baby minum susu badan gak kan? dah cemane nak tau habuk masuk ke idak? satu hal pulak nak selotep peket tu kan. tapi design pads ni cantik, belakang tu ada bunga-bunga pink. mama kan suka pink. hehe. still bukan nombor 1 di hati I.
ketiga, Anakku Dispoasble Nursing Pads. harga RM24.90 kat Parkson. ada 20++tak silap. beli sebab terpaksa. time tu kebetulan stock dah takde, pastu tak kuasa nak pegi tempat lain, beli je lah. pad ok, full cup tapi nipis sikit. takde la sampai tembus tapi cepat penuh. ke sebab susu mama banyak sangat? hehe. sticker sama gak ada satu.

keempat, Pureen Disposable Nursing Pads. RM37.90 kat Jusco. terpedaya dengan harga sebab ada 84 keping. sekali kau pegi Manjaku RM32 jek time sale. gilo! tapi takpe, lantakkan je la pakai tapi jenuh gak la nak menghabiskan 84 pcs tu. tak sabar nak beli cap lain! huhuhu. yang ni mama tak rekemen langsung sebab pad tak penuh cup, kecik sikit dari yang lain. so make sure tampal betul-betul center ngan nipple. mama selalu tersasar sebab mana la nak perasan kita dah beralih badan time tido kan, tersenget sikit pad tu makanya bra selalu je basah. bila bra basah, jadi tak selesa la nak menyusukan budak tembam tu. huhu.


lastly, the latest trial is Pigeon Disposable Breast Pads. RM36 kat Carrefour. tapi skang tengah promotion buy 1 free 1. ada 36pcs sekotak so bila beli satu dapat lagi satu kotak free 36pcs jugak. yang ni memang TERBAEKKKKKK sungguh sebab TEBAL, DESIGN PAD YANG UNIK, ADA DUA STICKER ATAS BAWAH UNTUK MAKE SURE PAD TAK BERALIH. so kesimpulannya mama dah jatuh cinta dengan cap Pigeon ni. almaklumlah brand internasionale haruslah high quality kan. pulak tu tengok harga la. so sementara ni gi la terjah Carrefour Midvalley sementara stok masih ada. hehe. kalau dah habis harap diampun ye sebab mama dah borong. hihihi.

tapi kan bila pikir-pikir, kalau pakai washable nursing pads mesti lagi jimat kan? memang la, tapi satu hal la pulak nak membasuhnye. pad tu kan sekepin gitu, so possibility untuk senang hilang bila dilipat adalah tinggi. satu hal la pulak asek nak tengok kat ampaian pad ni dah kering ke belum. kan senang amek je disposable punye dalam kotak, pastu dah penuh, buang. hehe. dasar pemalas. tu je sebabnye. =P

First Day Arsyad Hadi With Opah

pagi semalam bangun awal. 5.30am. awal tak? hehe. awal ok untuk saya yang masuk office kul9 ni. tapi kan semalam first day masuk keje & first time nak antar Arsyad Hadi kat opah. bangun pagi sempat pam susu dapat la dua kali feed.

dah settle mandi+solat+bersiap, kejut si papa pulak. pastu siapkan cooler box dengan stok EBM, kasi tujuh peket untuk tujuh kali feed. pastu dah siap semua, kejutkan budak tembam tu pulak nak BF sebelum hantar dia. terkulat-kulat dia minum sambil tutup mata. ye lah, kalau dalam pantang tu, dia yang mintak, ni mama pulak yang murah hati kasi. hehe.

dealnya begini, since papa masuk keje awal & ofis papa lagi dekat dari ofis mama, mama akan hantar Arsyad Hadi pagi & papa amek Arsyad Hadi petang. almaklumlah, mama abis keje kul6. dah tu ofisnye jauh kat Hulu Langat sana, sampai umah dekat kul7.

pagi tu hantar budak tembam ni mama ok je, cakap-cakap kat dia baik-baik duk ngan opah, jangan susahkan opah, kol mama kalau ada apa-apa. eh. =P sampai je kat umah opah, bagi Arsyad Hadi kat opah, kiss-kiss sikit, pastu dia tengok mama cam kompius. berkerut dahi. agaknye dia nak kata,

nape mama bagi saya kat orang ni? mama nak pegi mana?

sebelum drama swasta start, baik cepat-cepat mama balik. lepas 3 langkah mama keluar, mama dengar dia nangis. alololololoooooooooooo, dah start dah mata dia jadik kolam. aduhhhh. belum kul8 lagi ni dah gebeh. pastu papa plak bleh cakap dalam kete, Arsyad tengah buat ape la time ni? adoiiiiiiiii, memang mengundang air mata la ni. T___T

kat ofis, dalam kul11 camtu teragak nak kol opah, nak tanya Arsyad Hadi ok ke tak. tetiba dengar suara dia melaung, alahaiiiii la anak, kenapa ni??? opah kata, dia baru bangun tido pastu nak minum susah. minum style kunyah-kunyah puting pastu nangis sambil minum. tak ke sedih tu??? sebab time nak ajar dia minum botol pon camtu la gayanya, tak sama tahap 'liat' puting pelesu dengan yang asli kan. huhu. terus mama decide nak balik awal time tu. cakap ngan papa, mama nak balik kul4.

tapi kul4 dari Hulu Langat nak sampai KL lebih setengah jam gak la. traffic light bersepah, tol lagi. sebelum tu kol opah tanya Arsyad buat apa. kebetulan lagi budak tembam baru bangun nak minum susu. sekali dua botol habis. aduh, sentap sungguh. sian dia lapar. baitau opah mama dah on the way, opah kata ok.

sampai umah dalam kul 4.45 terus gi umah opah, tengok-tengok dah duk dalam boyan dah dia. huhu. syok je tido dalam tu. fyi, mama memang say no to boyan sebab pernah baca artikel otak baby bergegar bila dibuai dengan laju. ye lah, kan kita nak hantar kat babysitter time bekerja. cemana nak monitor babysitter tu? pastu nanti kalau dah biasa tido dalam boyan, nak gi memana pon nak kena bawak boyan ye tak? satu hal pulak nak kena beli boyan extra. memang agak kedek kat situ, dengan anak pon nak berkira kan? tapi ingat, selagi kita boleh train anak dengan cara lain, ok je kan? kalau kat umah, Arsyad nak digoyang-goyang dalam bouncer, tapi pon dodoi je lah. tido dalam babycot dah taknak, so katil kena split jadik 3 space. apa nak buat, demi anak. kadang tu ada gak tido kat bawah je, lagi senang sebab budak tembam ni tido berpusing-pusing. huhu.

pastu opah kata dia baru tido, balik la dulu mandi solat asar dulu, dalam kul6 kang datang balik. baiklah. dalam kul6 lebih, mama amek dia. time tu dalam boyan lagi tapi mata dah terkebil-kebil. baru bangun tido. seronok ke? hehe. sorry ye kat umah takde boyan. hihi. on the way nak balik umah, Arsyad Hadi diam je. tak bunyi apa pun. confuse kot. dah sampai umh pon senyap je. tapi bila mama kasi kopek asli, amboiiiiii tak lepas ok. dia punya teruja sampai tengok muka mama tak berkelip-kelip. huhu. lepas geram la tu siang minum tak puas. hehe.

demikianlah ceritanya First Day Arsyad Hadi with Opah. kita tengok harini cemana pulak ceritanya. so far opah takde kol pon. ok la tu kot??

Arsyad Hadi is Two Months Old Today

sedar tak sedar, kejap je anak mama ni dah dua bulan. patutnya mama masuk ofis esok but since esok kan PH for Christmas Day, so mama masuk ofis 27hb.

sekarang mama kat Putrajaya rumah mertua, transit sekejap sebelum balik KL. time nak keluar dari rumah ibu abah kat Seremban, rasa nak menangis pon ada. ye la kan, sebab dah dua bulan duduk kat sana. pagi petang siang malam nenek & atuk dok main dengan Arsyad Hadi. semalam nenek call bagitau atok & nenek terngiang-ngiang je suara Arsyad Hadi nangis. pastu siap tanya bila lai nak balik Seremban. huhu. alahai, sayu la pulak. selalu kalau Arsyad Hadi meragam nak tido, atok & nenek la yang pujuk. atok & nenek yang bawak pegi jalan-jalan naik stroller dalam rumah. hehe. pagi-pagi mesti atok & nenek main-main dengan Arsyad Hadi sebelum mandikan dia. huhu. sebak lak rasa. sedih. atok & nenek suka panggil Hadi. mana-mana pon tak kisah, janji nama tu ada maksud yang baik kan?

balik Putrajaya pulak, jumpa la cousin dia abang Abdullah & Muhammad. memasing dok berebut nak tolak stroller Arsyad Hadi. paling best, abang Abdullah & Muhammad panggil nama penuh lagi. kalau dengar betul-betul macam Asadi pon ada. hehe. syukur Alhamdulillah Arsyad Hadi disenangi dan disayangi semua orang.

Arsyad Hadi by the way dah banyak akal. tak boleh baring lama-lama, nak berdiri. dah berdiri lama sikit, bunyik lagi, nak jalan-jalan pulak. hai la anak, cemane la nanti opah nak jaga awak ni. tapi ibu ada pesan, selalunya bila anak dihantar kat BS, Allah bantu si anak untuk behave, so that BS tak ada masalah besar nak jaga. apa pun, berserah & tawakkal pada Allah, moga Allah permudahkan urusan Arsyad Hadi ketika dalam jagaan BS.

banyak sangat draft yang tak dapat nak publish, insyaAllah nanti naik office  mama publish k.






Lagi 8 Hari


lagi 8 hari mama tak dapat tengok awak tido siang..


tapi mama akan make sure dapat main dengan awak malam-malam..

sebab,

nanti 27 Disember mama kena masuk keje balik.
sedih sebab kena tinggalkan awak dengan orang lain.

mama kena pegi keje sayang.

adoiyai, apasal la office ni takde nursery??
kan best kalau ada nursery kat office.
harus mama datang tengok every hour. huhu.

Arsyad Hadi is now weighted 5.115kg. sudah berat woo ini budak.
mau taknye mengopek je 24jam. dah satu hal pulak nak pisahkan kopek asli dengan kopek pelesu.
ini budak dah pandai beza, kopek pelesu takde bau bacin macam mama. hehe.
apa pun after all, mama harap Arsyad Hadi duk baik-baik dengan opah ye time mama papa pegi keje.
btw, opah tu babysitter dia.

kejap je kan dah nak abis cuti bersalin 2 bulan.
tak ready lagi nak keje sebenarnye.
bukan apa, sebab nak kena 'berpisah' kejap dengan anak.
alangkan sekarang ni pon time mandi terngiang-ngiang kat telinga dengar dia nangis, inikan pulak 8jam duk kt opis. huwaaaaaaaaaa.....

Wiladah & Nifas

ehem ehem. harini nak jadi ustazah pilihan kejap. tadi ada kawan datang ziarah mama & Arsyad. keluar la topik pasal mandi wiladah ni. disebabkan mama bersalin thru caesarean, dia kata,

perempuan besalin caesar pon kena mandi wiladah ke? bukan bersalin normal je ke?

jawapannya,

Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak sama ada keluar darah atau tidak, tidak kira cara normal atau pembedahan.

Terdapat perbezaan antara wiladah & nifas. Wiladah merupakan darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan, tak kira secara normal atau pembedahan. Manakala Nifas merupakan darah yang yang keluar selepas melahirkan, walaupun setitik. darah nifas akan keluar paling maksima 60hari dan kalau ada lagi darah selepas tempoh 60hari, wajib ke atas ibu tersebut untuk melakukan solat kerana darah tersebut dikira darah istihadhah.

pasal hukum pulak, berdosa sekiranya seseorang wanita itu tidak mandi wiladah sekiranya dia tahu akan hal tersebut tetapi tidak berdosa jika sebaliknya. so sekarang semua mom to be dah baca entry ni, pas bersalin nanti jangan lupa mandi wiladah ye.

Niat mandi wiladah : 

"Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Ta'ala"

Niat mandi nifas :

"Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Ta'ala"

entry ni dibuat berdasarkan pemahaman saya. kalau ada sebarang kesilapan, maklumkan saya ye.

Islam itu mudah & sentiasa memudahkan.

wallahua'lam.

Arsyad Hadi is One Month Today

dulu saya begini,

25 Oktober 2011

tapi sekarang saya begini,

24 November 2011

Dear Arsyad Hadi,

Mama & Papa sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk awak. Doakan kita sekeluarga dimurahkan rezeki & sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t ye sayang!

We love you so much!!!


Bengkung @ Susu?

mama dah berurut 3 hari berturut-turut dengan ex-nurse yang sekarang fulltime mengurut. 3 hari tu memang servis badan betul la kecuali tang caesar tu. first day, SAKIT, second day, OK, third day, SAKIT BALIK. huhu. sebab first day baru usik badan belah atas. second day belah belakang pulak, third day satu badan. pastu macam-macam tips yang nurse kasitau, tapi ingat-ingat lupa dah. hehe.

yang nak diceritakan kat sini ialah pas abes berurut acik tu mesti pakaikan bengkung. pastu dah pakaikan bengkung, takleh koncing sampai ko potang. gilo po! emang menahan yo la. pastu time berurut tu acik tu kata badan saya lembik-lembik sebab banyak air. motif banyak air ialah saya minum air banyak. FAKTA - ibu mengandung memang badan akan selalu panas, sentiasa berpeluh, lantas haus. so, saya minum la air banyak-banyak. lagipun, (FAKTA yang saya dapat time ante-natal class kt KPJ Seremban aritu) kalau nak banyakkan susu badan, minum air banyak-banyak. tapi, yang acik ni pulak, melarang saya minum air banyak-banyak dengan alasan daging badan akan lembik-lembik & tak tegang macam sebelum bersalin. so persamaan yang boleh saya buat ialah begini;

MINUM AIR BANYAK = BADAN MENGGELEBER @ LEMBIK

KURANG MINUM AIR = MEMBANTU BADAN KEMBALI TEGANG SEPERTI SEBELUM BERSALIN

tapi apa yang saya alami ialah,

MINUM AIR BANYAK = SUSU BANYAK MELELEH-LELEH EVEN TIME MANDI. SATU HARI BOLEH PAM LEBIH DARI DUA KALI & SETIAP KALI PAM DAPAT 90ml.

KURANG MINUM AIR = SEMBELIT & SUSU TAK BANYAK. PAM LA CEMANE PON SUSU ADO LA KUAR TAK SAMPAI 40ml.

so, saya ignorekan larangan acik tu. pada saya, biar la body tak cantik & fit macam dulu pon sebab saya ingat lagi pesan speaker pasal breastfeeding kat ante-natal class tu, FEED YOUR BABY WITH ONLY YOURS FOR FIRST 6MONTHS. LEPAS TU KALAU NAK TERUSKAN AMAT DIGALAKKAN, KALAU NAK CAMPUR SUSU FORMULA PON TAKDE MASALAH. so pada saya, the first 6months is the critical period to breastfeed my beloved Arsyad Hadi. tang nak body cantik ke fit ke, boleh buat slow-slow la ye. nak diet makan, memang tak dapek la. nak berjoging, kang bergogar la kilang susu den, terhambur time joging, basah lak baju sapo nak jawab? haha. nak buh krim halia, bulih ko? huhu.

so breastfeeding mum, ado petua tak nak maintain body fit tanpa kacau breastfeeding period kita?

Kejap Je Rasa

mintak mangap la pada semua ye sebab sekarang ni tengah membesarkan makhluk Allah yang sangat kecik lagi comel ini. mama baru je 24 hari dalam pantang tapi dah macam boleh berlari rasanya. mana taknya, siang hari mama duk dengan abah je sebab ibu gi keje. sib baik la abah dah pencen, dapat la tolong uruskan makan pakai time siang. tapi yang menguruskan si kecik ni, akak jugak. tu la sebabnye mama 'terpaksa' cergas demi anak. kawan-kawan yang datang tengok baby sume kata mama jalan laju sangat la, mama banyak bergerak la, mama tak boleh buat itu, mama tak boleh buat ini, tapi masalahnya kalau mama terlantar baring je atas katil, semata-mata untuk penyembuhan badan sendiri, sape yang nak uruskan anak kecik ni? nak harap abah boleh la agah-agah sikit, tolong dukung sampai baby tido, tapi mama kesian jugak kat abah sebab abah nak basuh & sidai baju-baju baby & mama, abah nak masak lagi untuk mama. umah ni dah la bertingkat, kejap nak kena turun naik kemas bilik mama kat atas. sian kan? tu sebab mama 'tak peduli' sangat dengan badan mama sendiri, dalam kata lain, mama buat apa yang mama terdaya. tapi serius mama mengaku, mama memang tak pantang sangat macam orang lain. mama takde sape yang nak belek 24jam, bawak makanan gi kat katil, tolong mandikan baby, tolong bagi baby kat mama kalau baby menangis. takde! semua mama urus sendiri.

mama berperang dengan perasaan lebih-lebih lagi bila dapat jumpa papa selang 2 hari weekdays. weekend memang sah-sah papa ada dengan mama & baby. orang kata susah nak jaga perempuan yang bersalin caesar ni. tapi apa nak buat, mama terpaksa pantang sendiri. itupun takat pengetahuan mama je yang mama tak boleh buat itu ini, tak boleh makan itu ini.

sebenarnya mama jeles dengan orang lain yang berpantang dengan mak yang tak bekerja, surirumah sepenuh masa. dapat berpantang 100%, dapat special treatment pulak. mama tak salahkan ibu yang bekerja, cuma mama nak orang sekeliling mama faham keadaan mama yang tak boleh nak lepas tangan bab jaga anak semata-mata demi 'badan' sendiri. Alhamdulillah badan mama dah sihat even ada la sengal-sengal badan sikit tapi biasa la tu. dah nama lepas bersalin kan.

luka caesar mama belum elok sepenuhnya, ada gap tapi tak sampai 1cm. gap tu menyebabkan ada infection yang ada keluar nanah cair & darah sikit. maybe sebab mama tak cukup 'rehat' & 'banyak bergerak'. nak buek camno, ini bahagian mama. mama takde la lembik sangat, sakit sikit dah mengadoi. sampai doc pon pelik kenapa mama sikit pon tak bunyik sakit masa contraction. kalau sakit yang betul-betul mama tak tahan tu baru mama nangis. pernah masa pregnant dulu, mama sakit gigi yang amat, sampai menangis mengadu dengan papa tak tahan. bawak tido pon tak dapek weh. sudahnye esoknya tu kena tahan labor room sebab high bp. hehe. ada kena mengena ke? =P

apa pun sekarang mama ada Arsyad Hadi, buah hati mama & papa. biar mama tak cukup tido, biar mama sakit-sakit badan sebab dukung & menyusukan dia, tapi mama tau semua ni Allah dah tentukan. ini bahagian mama & papa. kalau dulu sebelum ada anak, tiap-tiap hari mama & papa doa untuk ada anak, sekarang bila dah ada Arsyad Hadi, mama & papa redha dengan semua ujian membesarkan anak.

ini dia boyfren baru i. hensem tak? hehe.

Jaundice Arsyad Hadi

Arsyad Hadi  kena jaundice ngam-ngam bila mama dah discaj hospital. maybe sebab mama pon xreti sangat nak handle baby sendiri, so mama biar je Arsyad Hadi tido lelama. sayup je budak tecik ni tido. rasa macam nak masukkan balik dalam perut pon ada. hehe. sebab I told you, mama rindu nak jaga dia time dia dalam perut. mama rindu nak bawak dia ke hulu ke hilir boyot-boyot tu. huhu. mama rindu perut buncit mama!! nak pregnant lagi doc dah pesan siap-siap, 'puan kena planning ye untuk next baby. at least 2 years.' huhu. nak dapatkan Arsyad Hadi ni pon mama papa tunggu almost 2 years sayang. takpelah, Allah Maha Mengetahui kan?

pas discaj, mama balik rumah mertua kat Putrajaya. kasi can atok & nenek nak jaga since mama dah plan untuk pantang kat umah Seremban. so balik je Putrajaya, muka Arsyad Hadi dah naik tompok-tompok merah. doc kata kalau ada tompok merah tu maknanya baby dah kena jaundice la tu. Allahuakbar. mama ingatkan alahan la konon. pastu malam pertama kat Putrajaya, Arsyad Hadi dah mengaruk malam-malam. serius mama xcukup tido. nak kejutkan papa bukannya dia boleh bagi susu kan? tetttt. hihi. pastu teringat kawan-kawan pesan, baby yang kena jaundice memang kuat tido. so kalau dia xleh tido tu kasiklah susu. masalahnya, baby mama ni bila dah dapat puting mama, terus terlolap. mana la nak kenyang ye tak? sudahnya breast mama dah bengkak. sakitnye masyaAllah, nak letak tangan kat sisi pon sengsara. huhu. mama dah beli pam, tapi pam dah ada kat Seremban. terpaksa la picit-picit dalam keadaan sengsara tu. sampai satu tahap, bila Arsyad Hadi hisap belah kiri, yang belah kanan menitik-nitik. camtulah sebaliknya. paling teruk, time mandi pon menitik-nitik. sedih mama. rasa failed sebab tak mampu didik Arsyad Hadi untuk minum susu mama. kawan-kawan pesan lagi, kejutkan baby untuk menyusu, at least 2 jam sekali. bayangkan dalam satu malam, lebih 3 kali Arsyad Hadi terjaga untuk menyusu, tapi bila dah dapat puting mama, hisapnye kejap je, kemam yang lebih. tak boleh jadi ni, esok nak bawak gi klinik jugak.

esoknya, papa usha klinik kesihatan putrajaya yang kat P9 tu. first gi kaunter pendaftaran dulu. since baby mama xsempat nak ada buku baby lagi (something like buku merah untuk preggy mom tu), so nurse advise pegi lab terus untuk amek darah. pastu dalam lab, papa pon masuk sekali. mama letak baby depan nurse, mama nampak nurse kuarkan jarum nak cucuk baby kat tangan. pastu boleh pulak nurse ngok tu tersalah cucuk, xkeluar pon darah baby. masa tu mama geram sangat sampai menitik air mata tengok baby mama meraung. sebab masa marah admit kat labour room dulu, doc pelatih tu tersalah cucuk mama, so mama tau rasa sakit salah cucuk tu cemane. mama yang besar gedabak ni pon tak tahan, inikan pulak baby mama yang baru 3hari time tu. sengal punye nurse! sib baik mama keje PA, kalau mama keje nurse, mama cucuk balik anak dia. haha.

dah sudah tu jumpa doc plak. doc kata reading jaundice Aarsyad Hadi quite high. 250. so doc advise mama kerapkan bagi baby nyusu badan. fine. pastu mama kena datang lagi esok untuk tengok trend jaundice baby. so esoknya mama pon datang lagi. Alhamdulillah this time nurse pro yang amek darah baby. baby mama xnangis langsung pon. pastu bila jumpa doc, reading jaundice naik lagi, 266. doc kata kalau lebih 300 dah kena duk bawah lampu. mama taknak biarkan anak mama duduk bawah lampu!!!!!

so mama sms kawan-kawan mama tanya apa ikhtiar lain selain monitor trend jaundice kat klinik. maybe ada benda lain yang boleh baby@mama makan untuk reduce the readings. dalam masa yang sama, Alhamdulillah, Arsyad Hadi dah minum banyak. kadang tu sampai sejam duk menghisap je. even mama sakit pinggang duduk lelama bagi dia susu (sebab mama kan kena caesar), tapi mama tahan demi anak tercinta. papa pon sian tengok mama menahan sakit, sanggup dia picit-picit & urut-urut pinggang & badan mama walaupun mata dia terlelap. hehe. love you papa!

petua 1 mama dapat, cari sengkuang cina. rupa sengkuang cina kecik je, macam bawang kecik. buang kulit, tumbuk sampai keluar air. air tu kendian kasi baby minum. buat sekali pagi, sekali malam.

petua 2, kasi susu formula macam S26 ke, Mamil ke, apa-apa je lah. huiiii. ni mama rasa failed lagi sekali. mama baru berazam nak bagi exclusive breastfeed pada Arsyad Hadi. tapi takpelah. mama cuba jugak even setin kecik tu RM30 lebih. tapi nenek Arsyad Hadi belanja. hehe. tengkiu nenek!

last try, jumpa pakar kanak-kanak Dhillon kat Seremban. doc akan kasik ubat besar taik idung (serius kecik) untuk baby makan selama 3 hari pastu datang balik jumpa doc untuk tengok new reading. cara makan ubat, larutkan ubat tu dalam air suam, kendian kasi baby minum pakai sudu.

FYI readers, semua cara ni mama try. & yang paling mujarab, lepas baby mama makan ubat dari doc Dhillon. bayangkan daripada reading 235 boleh turun jadik 135 lepas habis semua ubat Arsyad Hadi minum. (FYI, start jaundice's reading is 160) so now Arsyad Hadi is free from jaundice!!!


hi aunties, tengok kulit saya dah takde tompok-tompok merah!! tengkiu mama!!

p/s : sesape yang ada kat Seremban, klinik pakar kanak-kanak Dhillon ni betul-betul sebelah church besar yang kat Wisma Punca Emas tu. cubalah.

Pengalaman Bersalin Part 2

masuk je OT, saya kena sign satu form lagi. saya taktau itu form apa, saya sign je. sebab dalam keadaan kritikal time tu, saya rela dengan apa je yang akan berlaku. dalam OT, saya ditransfer dari katil Labor Room ke 'katil' besi OT. time nak transfer tu masyaAllah, dah la sakit contraction maha hebat, nak angkat badan tu pon tak boleh dah. jenuh la doc n staf lain nak angkat. almaklumlah, 80.9kg tuuu. hehe.

semua berlaku within a second. xsempat nak tarik nafas pon. yang belah kiri dok bukakkan baju, yang belah kanan ejas 'katil' & pasang segala mak nenek alat untuk operate. pastu datang doc bius mintak saya bangun untuk dia bius half body. serius tak rasa sakit kena cucuk kat tulang belakang tu. even cucuk 2 kali, sakit contraction mengatasi segala-galanya. dalam hati saya tak putus-putus mengucap dua kalimah syahadah & baca doa Nabi Yunus. dah sudah bius, saya kena baring balik. doc bius mintak saya angkat dua kaki bergilir-gilir tapi saya tak mampu nak angkat. itu tandanya ubat bius dah meresap start dari pinggang ke bawah.

pada masa yang sama, dah ada penghadang betul-betul kat muka saya. so saya tak nampak apa-apa yang doc godek kat badan saya. tapi saya dapat rasa badan saya macam digoncang-goncang. sampai satu part, doc yang operate saya tu menjerit-jerit marahkan staf dia. ada la dia sebut medical terms tapi saya tak faham. tapi rasanya baby saya tak dapat keluar time tu sebab dia ada sebut perkataan baby. adoiii, mengalir air mata time tu mengenangkan baby. pastu doc bius kat belah kiri sebelah kepala saya, ada sorang lagi staf kat belah kanan kepala saya tolong tolak something dari atas dada saya. tapi yang staf belah kanan ni dia tolak kat tulang breast. sakit okeh! pastu saya rasa macam nak muntah, saya cakap la saya nak muntah. tapi agaknya riuh doc bedah tu lagi kuat, suara saya yang lemah ni diorang tak dengar. sudahnya, saya muntah roti & susu coklat yang saya makan pagi tadi. muntah yang sangat banyak tau. rupa-rupanya staf yang tekan tulang breast saya tu salah teknik. padan muka dia kena marah dengan doc bius yang duk kat belah kiri saya. doc bius tu kata, 'kau buat apa ni? sakit lah patient aku!' pastu dia kata kat saya, 'mintak maaf ye puan, saya bersihkan muntah puan.' agaknya tak pernah orang lain muntah time operate kot. diorang punye cuak sampai diorang pasang tiub oksigen kat hidung saya. kritikalnya saya time tu, saya rasa macam di ambang maut. cukup menginsafkan.

tapi tak lama lepas saya muntah tu, saya dengar suara baby menangis. Alhamdulillah syukur baby saya dapat dikeluarkan dengan selamat pada 8.07 malam. time kena jahit pon saya tak rasa apa. pastu datang nurse tunjuk baby kat saya, tapi saya kan rabun. hehe. nurse tanya tau ke baby apa. saya kata tau, baby boy kan. pastu nurse sua muka baby kat saya, dia kata cium baby ni. saya dapat cium pipi dia. nikmatnya masa tu Allah je yang tahu. saya dah jadi mama!!!

tak lama lepas tu, saya sedar saya ditolak naik ke wad bersalin. saya nampak papa dah tunggu & mintak nak naik sekali ke wad. sampai je kat wad, thrill lagi sekali bila saya nak ditransfer ke katil wad. mujur ada papa tolong angkatkan sekali. saya dengar papa tanya nurse, boleh teman isteri tak? nurse kata tak boleh. esok datang waktu melawat ye. huhu. time tu saya dah nangis, sedih sebab nak berteman.

lepas papa balik, nurse datang bagitau saya kena rehat 6 jam. tak boleh makan minum, tak boleh bangun dari katil. tiub kencing pon dah dipasang, so kalau saya nak terkencing pon tak rasa pape sebab salur tu dah ada. keesokan pagi, bangun je tido saya dah rasa sakit-sakit kat bawah tu. ubat bius dah abis la ni. huhu. pastu datang nurse bawak baby. oh bahagianya rasa bila tengok muka dia. hilang kejap rasa sakit. tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab segala mak nenek tiub ada kat badan. tapi bila doc datang, dia bukakkan tiub kencing saya, dia pesan saya perlu bangun dari katil supaya takde darah beku dalam badan. Allahuakbar. dengan sakit operate, nak handle baby sorang-sorang pulak tu. huhu. papa dah standby dari pagi kat hospital, tepat pukul12 dia masuk hospital. punya la strict PPUM, sampai hasben pon tak dibenarkan masuk melainkan waktu melawat sahaja. sabar je lah.

bila papa sampai, saya rasa complete. macam dah tak peduli dengan orang lain. cukup la saya dah ada papa & baby dalam hidup saya time tu. saya nampak papa sangat-sangat happy dengan kehadiran baby. inilah masanya yang kami tunggu-tunggu selepas pernikahan 5 Jun 2009. masa melawat 2 jam tu saya manfaatkan betul-betul dengan papa & baby. saya tau masa melawat petang nanti papa mesti datang lagi. itu je lah masa yang saya ada dengan orang yang saya sayang time saya sakit di hospital. papa mintak saya kuat untuk handle baby time malam-malam. sebab baby tinggal dengan saya sepanjang masa di hospital. so bila baby nangis ke, nak tukar pampers ke, saya yang sakit ni la yang kena handle sendiri. saya nampak papa kesian dengan saya bila dia pesan pada saya, 'mama kena kuat ye, untuk baby' sambil cium dahi saya. Allahuakbar, jatuh air mata saya time tu. 


nikmatnya bila ada anak sendiri ni boleh saya gambarkan macam dikurniakan rezeki yang tak terkira banyaknya. saya tak tau la ape perasaan orang yang buang anak tu semua. diorang la sejahat-jahat manusia!

eh, dah habis part bersalin lah. hehe. nak sambung cerita lagi tak sampai discaj? hehehehe.

Pengalaman Bersalin Part 1

(dah 6 hari bersalin baru ada masa nak update blog. sila baca dengan tenang ye. hihi)

saya kan dah memang tahu akan di induce pada Isnin, 24 Okt 2011 kat PPUM. so weekend tu memang pulun habis-habisan nak makan macam-macam. feeling-feeling princess pon ada sebab hasben asek la dok tanya 'mama nak makan apa?', 'mama nak apa-apa tak?'. hehe. dua hari tu memang pulun la berjalan sana sini, konon nak mudahkan bukaan la. tapi serius saya tak rasa apa-apa. macam tak percaya je esoknya tu nak kena induce. malam sebelum bersalin tu dapat la makan ayam penyet, tapi lagi terbaeeeeeek - kat Wong Solo Kampung Baru. serius pedas gileeee sampai bergenang air mata. huhu. tapi alhamdulillah puas. hehe.

malam tu gak saya tak boleh nak tido. hasben dah tido awal dah, nak bangun solat hajat untuk mudahkan saya bersalin katanya. boring sorang-sorang, saya kemas dapur, lipat baju, usik sana sini sampai la kul 3 lebih baru la terasa ngantuk. padahal tak sedar diri esoknya tu by 7.30 harus dah ada kat labor room PPUM. huhu. bangun pagi macam biasa, kul 6 lebih tapi pungpangpungpang alamak, dah 7.30 la pulek! alih-alih kul 8.15 camtu kitorang sampai. siap doc tanya apsal lambat. wakaka amek sedas!

kat labor room, saya orang kedua yang di induce pagi tu. member katil sebelah kena induce by 37weeks sebab kencing manis. saya ngam-ngam EDD kena induce sebab darah tinggi. hoho. memula tu doc seluk dulu nak tengok bape cm dah bukak, 1 cm aje ok!! tapi rahim dah lembut. fine. masuk ubat ikut bawah tu. senak okeh! tapi saya tahan. doc kata lepas sejam nanti jalan-jalan bagi senang bukak, pas 5 jam baru doc datang seluk lagi. nak jalan ke mana pon tak tau, duk la sembang ngan hasben kat luar labor room. mintak dia belikan roti ngan air coklat. pastu saya pesan kat hasben gi la balik rumah, sebab doc kata nak tengok saya kul 2 nanti. pas hasben balik, saya jalan-jalan dalam labor room je, sembang-sembang dengan jiran seinduce. hehe.

tepat kul 2, doc datang seluk lagi. surprisingly, bukaan still 1cm ye kawan-kawan. patut la saya tak rasa sakit apa-apa, baru bukak 1 cm rupenye. aduilah, cemane ni.pastu doc kata boleh je nak bagi 2nd induce tapi dia try 'bukak'kan masa seluk tu. pastu saya dibagi ethanox (gas sedut yang melalokkan) & epidural (untuk kurangkan rasa sakit). dua jam pastu saya dah tak larat nak jalan-jalan, nak angkat kaki turun katil pon dah tak tahan sakitnye. memang saya bergantung harapan pada ethanox tu je. sikit-sikit sedut. pas sedut, ngantok, tido. camtu la keadaannya sampai la kul6 lebih. kul6 lebih tu doc dah perasan dah saya macam tak larat, muka letih takde tenaga. pastu nurse yang dok check heartbeat baby kata something wrong dengan reading. diketuk-ketuknya mesin tu, sampai la tukar dengan mesin lain, reading lain macam. pastu doc seluk saya, baru bukak 4cm. pada masa yang sama rupa-rupanya, blood show dah ada & yang paling mendebarkan, air ketuban dah pecah tanpa saya sedari sebab sakit mengatasi semua rasa time tu. huhu. doc dah cuak, saya mesti kena paksa push jugak. so, diorang dah tolak saya masuk labor room yang ngam-ngam untuk sorang patient pada satu masa. time diorang tengah prepare nak readykan saya untuk bersalin tu, doc yang cuak tadi datang check perut. dia kata ada something wrong. saya dengar, tapi tak tanya sebab tak larat. pastu doc kasi satu form untuk saya sign. dia kata, 'puan kena operate ye sebab heartbeat baby dah drop. lagipun puan nampak letih dan takde tenaga untuk push. kita tak boleh tunggu. kita kena selamatkan baby'. hoh, patut pon nurse tadi dok ejas-ejas mesin tu. dia ingatkan mesin rosak, tapi rupa-rupanya baby saya dah lemas!!

saya sign je form tu. pasrah. takde perkataan yang terbayang fikiran saya selain nak selamatkan nyawa baby. & pada masa yang sama, saya pasrah & redha kalau operation nanti, one of us, sama ada saya atau baby, tak dapat diselamatkan. huhu. masa saya ditolak ke operation theater, sempat la jumpa hasben, ibu & abah. hasben pegang tangan saya, amek tudung & spek sebab masuk dalam OT harus takde apa-apa di badan ye. huhu. pastu ibu datang cium dahi saya. oh time tu serius rasa macam nak masuk OT & bersedia untuk mati. huhu. abah orang terakhir saya jumpa sebelum masuk OT, dia sempat gosok pipi saya & pegang tangan je. sedih ya amat time tu. tapi saya tak mampu nak cakap sepatah perkataan pon sebab saya tengah berperang dengan diri sendiri melawan sakit nak bersalin. huhu.

panjang sangat dah rasa ni. to be continue Part 2 ye. hehe.

He's A Boy


Alhamdulillah syukur..

Name : Arsyad Hadi
DOB : 24th Oct 2011
POB : University Malaya Medical Centre
Weight : 3.05kg
Height : 49.5 cm
Delivery thru Caeserean

Last Day Keje Dalam Keadaan Buncit

kejap je kan dah hari jumaat. konon last week berangan nak cuti this week sebelum bersalin. alih-alih lupa pulak nak apply cuti. pastu alih-alih pulak dah hari jumaat. haha. so kompom la next week dah tak dapat nak datang keje sebab due kan weekend ni. plus kena induce pulak kalau tak rasa sakit nak bersalin on the due date. hmmm.
encik boss dah tau EDD saya bila tapi tak tau la dia aware ke tak yang EDD tu weekend ni. so petang karang kasik surprise la ye. see you after Christmas holiday la dato ye. tu pun kalau dia tak holiday la. aritu dengar plan dia nak gi obesi tengok anak bersalin tapi xtau la exact date bila. baru je settlekan visa dia tapi tak perasan la pulak bila. heh.

so di kesempatan ini, saya nak mohon doa kawan-kawan supaya dipermudahkan urusan kelahiran baby saya. (incase la kan kot kot weekend ni dah terkeluar pulak baby ni, tak sempat nak update blog. huhu)

saya nak mintak maaf banyak-banyak pada semua, andai selama saya berblog di sini, ada salah silap saya. (macam hari raya pulak kan? ni baru mintak maaf dengan blogger dah sebak ni. cane nak mintak maaf dengan papa ni. salam raya pon dah meleleh air mata, inikan pulak nak pegi bertarung nyawa dalam labor room. T____T )

3 Days Left

pagi semalam pegi check up macam biasa. everything normal except for the pap smear result. the second swap still ada infection lah =(. so doc dah cakap siap-siap possibilities that would be happened to my baby if i deliver him/her normally. 1st, pneumonia and 2nd, meningitis. taknak cite panjang apa penyakit-penyakit tu. korang klik je lah kat situ ek. sedih... T__T doakan everything ok ye!

since saya tak rasa sakit lagi nak bersalin (no contraction, no blood show, no air ketuban) so doc decide to induce on the EDD. tapi kan my EDD on weekends, doc takde, so kompom beranak (thru induce) by Monday lah. tak tau la nak kata eksaited ke, takut ke apa, sebab saya serius dah tak sabar sangat-sangat-sangat-sangat nak keluarkan baby ni. maybe takut sebab result pap smear macam tu. maybe eksaited sebab dah lama sangat menunggu. sampai dah merasa duk labor room 7 jam pon tak gak keluar si tecik ni. hai laaaa anak mama sorang ni.

so, di hari-hari terakhir mengandung ni, tetibe rasa macam sayang sangat dengan perut buncit ni. lepas ni dah tak tau la bila pulak dapat pakai baju mengandung, dapat perhatian 'lebih' dari papa & entire family, dapat ngada-ngada gedik-gedik sampai nangis dengan papa. huhu serius nanti mesti rindu saat-saat tu semua. dulu masa awal-awal pregnant, konon la tetiap bulan nak ukur perut, nak amek gambar perut. tapi my pregnancy kan sangat mencabar, makan tak tentu, asyik muntah-muntah-muntah, berat turun sampai 3 kilo, gain balik tak sampai 10 kilo. bayangkan beza sebelum pregnant sampai la nak reach EDD ni berat naik hanyalah 6 kilo. tapi syukur Alhamdulillah, anak mama papa ni sihat on track. estimate time keluar nanti tak sampai 3 kilo pon. hihi. mudah-mudahan senang la awak nak keluar ye. =P

oh my, ingat tak saya ni dulu lahir tak cukup bulan. keluar by 7 months je. tu pun sebab ibu teringiiin sangat-sangat makan pajeri nenas. so time saya keluar tu 2.4 kilo sajok. hehe. kurus cam mama kot time lahir. tapi papa kata dia lahir-lahir dah tembam. zaman kecik dia pon memangggg tembam nampaknya. we'll see nanti si tecik jadik cam mama ke papa ek? haha.

dah tinggal 3 hari ni jugak la puas pikir nak makan apa, nak buat apa sebelum bersalin. ni dah dua hari makan burger, tak makan nasi langsung. hehe. kelmarin makan burger otai. tak cukup ok. siap sebat papa punye burger lagi. sian papa dapat segigit je. hehe. semalam pegi midveli makan burger king pulak. harini tak tau la papa nak kasi makan apa pulak ek. hihi. sebab tak rasa nak makan something special pon. tapi ada satu benda je yang saya nak makan betul-betul sebelum bersalin ni, NASI AYAM PENYET RIA kat sunway tu!! nak rekues sekarang, weekdays memang payah la nak ke sunway. gamaknya weekend ni boleh la heret papa gi sana kan kan kan? =)

bila orang duk tanya bila saya nak bersalin, saya cakap, latest by monday, thru induce. pastu mula la keluar cerita induce camtu la, induce camni la. semuanya ngeri. tapi pada saya, sakit nak bersalin tu semua bahagian masing-masing, Allah dah tentukan. yang pasti, kalau tak induce pun, betapa sakitnye contraction tetap sama kan? so saya sedaya upaya set mind ni, think +ve, tak ada bersalin yang tak sakit. nak tak nak, we hae to go thru kan? sekarang ni la masanya untuk saya & papa doa banyak-banyak, ikut nasihat Dr. Marsita, buat tahajud & baca surah Maryam untuk dipermudahkan bersalin. doakan saya selamat melahirkan ye? tengkiuuuuu.

Sedapnye Mulut Berkata-kata

kat office ni dibenarkan suami isteri satu tempat kerja. so nak dijadikan cerita, time lunch tadi. ada la sepasang suami isteri ni duk sebelah meja dengan saya. bila diorang habis makan, si isteri berenti kejap kat tepi saya,

akak due bila? (agaknya dia nampak saya jalan tak larat sangat kot.)

saya pon kata la,

due next week. awak?

dia tanya lagi, sebab dia pon pregnant jugak. agaknya nak sharing apa-apa la tu kot.

saya baru 8 bulan 1 minggu. tapi akak tak rasa sakit-sakit ke? haritu kan akak admitted kan?

heh. glemer rupanya saya kat sini. maunye tak. PA dato katakan. wakakaka.

haritu admitted sebab high BP je. saya duduk labor room 7 jam tapi takde rasa sakit apa-apa pon. so, doc monitor BP je lah.

pastu dia senyum & pandang hasben dia kat sebelah. maybe nak hasben dia tau yang dia pun ada possibility untuk duduk kat labor room lelama kot. serious saya tak perasan ada hasben dia kat tepi tu. hasben dia boleh cakap gini,

why ah they tak induce you?

eh eh eh. sedapnye bercakap. sape doc sebenarnye ni? doc tak advice untuk induce so buatpe nak induce ye tak? pastu saya pon jawab lah,

doc will induce once the lady reached the EDD. my EDD is next week. so if still no contraction or signs of delivery, then they will induce lah.

oh. sambil angguk-angguk kepala.

pastu si isteri pon dah malu agaknye dengan apa yang hasben dia cakap, pegang tangan hasben dia sambil pesan kat saya,

takpe lah kak. tak lama dah minggu depan. sabar ye.

heh, sib baik bini ko soft spoken kan. kalau tak nak je saya sekolahkan,

pandai buat anak je ke bang????

Belom Lagi La Mama

heh. kalau tengok tickers kat atas ni lagi sehari nak cecah due. hakikatnya buat tickers tu masa tau EDD 14 Oct tapi EDD yang latest ialah 22Oct. so ada lagi 9 hari ye sebelum due. cite pasal EDD ni, dah banyak kali berubah. tak tau la sebab apa, maybe sebab period cycle tak betul kot. pastu kang kejap gi klinik private cakap cenggini, gi KK cakap cenggini, sudahnye kat PPUM cakap 22Oct. so ikutkan aje.

hari-hari terakhir sebelum bersalin ni rasa macam tak larat sangat nak berdiri lama-lama. sebab sendiri dah dapat rasa kepala baby dah duk area bawah pusat tu. pastu kang rasa macam bisa-bisa kat situ. jalan pon dah tak betul sikit. pastu asal boleh nak pegang dinding ke, apa-apa je lah yang ada kat tepi-tepi sepanjang berjalan tu. kalau dah baring pulak, nak berpaling dari sebelah sini ke sebelah sana agak sedikit azab. rasanya kalau kira sampai sepuluh pon tak abis pusing lagi kot. punya la slow motion kan? tahankan aje lah.

budak tecik ni pulak kalau malam-malam tu kemain lagi dia berdendang sampai senget-senget perut mama. kadang tu kalau dia aktif sangat sampai nampak la kaki ke tangan ntah terbonjol kat perut belah kiri ni. selalu time tu panggil papa suh tengok apa yang terbonjol tu tapi japgi, slow-slow baby tarik balik. hehe. takut papa ke ape? bagus anak mama. kita boleh geng! hihi.

mama perasan sekarang kalau bising sikit baby terkejut-terkejut. haritu kitorang on the way balik rumah, stop kat traffic light. papa tertarik hand brake kuat sikit. so bunyi pon kuat lah. alih-alih perut mama ditendangnye. ada ka patut? nampak sangat tengah syok-syok tido pastu terkejut dengar bunyik kuat kan. hehe comel. real life nanti cemane la ek nak make sure surrounding awak ni senyap je. huhu.

anyway, bila la anak mama papa nak keluar ni? tak sabar sangat dah mama nak tengok 'hasil' setelah sekian lama menunggu. orang keliling pon semua dah wonder bila la mama nak bersalin ni. kesian tengok muka seposen mama yang macam takde tenaga ni. kat ofis lagi best, jumpa orang ni, eh awak ada lagi?, jumpa orang tu, bila nak cuti ni?, jumpa orang sana, takutnye tengok perut awak besar sangat. hati-hati jalan ye. hehe. nampak sangat orang lain yang dah tak sabar nak awak tau budak tecik! hopefully by EDD mama dah boleh dengar awak menangis dalam labor room k sayang! =)


nah mama tepek lagi sekali gambar awak. tak sabar nak gigit pipi tembam tuuuuuuuuuu~

Episod 3 : Last Day Pertapaan

hari ketiga bertapa kat ante natal ward bersamaan Jumaat, 7 Oktober 2011. dah get used dengan life kat sepital. ececeh. best jugak duduk kat sepital rupanya ek? kejap-kejap nurse datang amek BP, kira heart beat baby. pastu dah hafal time makan, breakfast 8.30, lunch 12, tea 3, dinner 6, malam kebulur. haha. mana taknye, makanan dalam kuantiti untuk orang normal, tak penuh tau perut mak giant ni! sib baik pesan kat papa bawak roti & susu. boleh la buat taik gigi ngonyel ngoyel sambil main game. oh gambar makanan ada, tak transfer lagi. nanti lah kat umah ek!

pagi Jumaat tu doc bagitau semua rekod BP dah cantik, baby pon ok. kepala baby pon dah engaged. tapi herannye sorang doc pon tak offer buat VE tau. kecik hati mak. saje je nak kasi surprise. hmmm. tapi fine, VE sangat sakit ye dak? experience tengok orang beranak kat labor room takleh lupa beb! makanya, go with the flow je lah. doc kata after lunch dah boleh discaj. tapi disebabkan haritu hari jumaat, plus papa pon keje, so tunggu lah pas solat jumaat papa datang amek.

pastu tetibe terpikir, dalam beg sepital mama ada blous butang depan (untuk senang breastfeed) pair dengan kain batik. saya spare dua blous, satu tu besar sikit, satu tu ngam-ngam. yelah, bajet keluar sepital pas bersalin harus lah perut dah kempis kan? sekali masa nak discaj aritu, tukar baju, blous tu muat-muat je perut yang kembung ni. agak sendat gak la sebenarnye. pastu dengan kain batik yang tak berapa nak besar macam kain kat sepital tu lagi. ah, tensi mak! nasib la PPUM dengan kerinchi dekat je. memang tak lencong memana lah. segan ok pakai baju sesendat ni. dah la dengan perut besarnye lagi. ape la perasaan pompuan seksi tu ek baju melekap-lekap je kat badan nampak bonjol-bonjol semua. eeee tak malu kan?

nak discaj senang je, doc kasi MC sampai hari jumaat tu, pastu gi amek obimin kat ante natal klinik. pastu bawak bil & GL hasben gi setel kat kaunter. abes cerita! doc pesan kat rumah kena monitor BP sendiri, nanti 17okt datang check up macam biasa, tunjuk rekod BP tu. lagipun by 17okt tu dah kira check up terakhir la kot sebab due saya kan 23okt. ee dah nak bersalin dah rupenye diri ini. tetibe cuak! doakan semuanya selamat k! amiinn..

eh, pada omak-omak yang dah bersalin tu kan, ada tak doc kata kalau tak deliver by EDD, kena induce ek?

Episod 2 : Bertapa Di Ante Natal Ward

heh, siap ada episod kan? macam drama pulak. tapi memang drama pon sebenanye. ok sambung Rabu malam tu kan saya ditransfer ke ante natal ward, hasben dah bawak siap-siap beg sepital baby & mama. kot-kot la warded sampai terbersalin pulak kan. padahal ada lagi 2minggu nak sampai due.

sampai kat katil nombor 47, dah salam-salam hasben, cakap kat dia saya haus, nak air. hasben mintak kat nurse, nurse kata dia bagi. nurse kasik briefing sikit.

kalau nak apa-apa picit button ni ye. lagi satu saya nak pesan, dalam hospital sebenarnya tak boleh bawak handphone, tapi saya faham kalau jadi apa-apa, patient nak inform pada family members. so, pandai-pandai simpan ye. kalau hilang kita tak nak tanggungjawab.

baiklah. saya menurut perintah.

ok setel semua hasben kena balik. sian dia dari siang tak makan. serabai dah tengok. huhu. keadaan ward adalah gelap, semua orang dah tido. (kot). sib baik la dapat ward katil 4, kalau katil sorang matiklah terbayang cite suster ngesot. huhuhu. pastu dalam gelap tu jugaklah saya dok ngemas apa yang patut. ye lah, nanti senang nak capai kalau apa-apa kan. sekali datang nurse lain baju kaler hijau. tadi nurse baju kaler putih. eh dalam gelap nampak pulak kan? haha.

ni awak admitted sebab apa? (tak sempat saya nak jawab dia dah tolong jawabkan). sebab high BP kan? dah tu sibuk sangat nak kemas-kemas ni kenapa? nak pegi mana? tak reti-reti nak tido?

ok fine saya speechless kat situ. rasa macam kena marah dengan ibu. (serius tak ingat bila last ibu marah.) tapi siap kau nurse baju hijau, i ingat body figure & suara u okeh! c u later! huh. dia datang tu sebab nak amek bacaan BP saya je pon. pas bebel dia blah.

keesokan harinya jeng jeng jeng. pagi-pagi lagi pukul 7.30 camtu nurse datang nak kemas lagi. saya punye la syok tido. tapi dia suh bangun jugak sebab nak tukar bedding. lantak la. dengan terselak-selak kain, dengan muka terpisat-pisat pasrah je la kena turun katil. dah sudah tu saya naik katil balik, sambung tido. hehe. tapi dah namanya kat sepital kan, segan la ramai orang tengok kita. sudahnya minum pagi pon tiba, i pon santap la. ops, pagi tu dah bangun subuh dah gosok gigi cuci muka, tinggal tak mandi je lagi. pedulik, hasben bukan ada nak belek-belek pon. haha. dasar malas kan?

pastu dalam kul 8.30 lebih kurang, datang segerombolan doktor. sampai tak tau doktor betul ke doktor student. lantak lah. janji diorang boleh setelkan apa masalah saya kena admit ni. pung pang pung pang, rekod BP saya dah turun tapi tak cantik lagi macam sebelum ni. so kekdahnya kena tahan lagi sehari. haiiiiilah, bosan ok bosan duk ward tu. dah la tv takdok. bilik tv pon takdok. hasben dok kirim tab pon dah bosan main game. wifi ada tapi restricted pulak. mesti takmo kasik nurse fb la tu. huhu. so aktiviti di ward untuk hari kedua adalah baring, main game, tido, berjalan gi surau, itu saje. kalau boring sangat, bangun katil pegi bilik air, main air sambil bercakap dengan baby depan cermin. saiko kan? haha.

oh kesian yang amat dengan papa, dia tak keje hari kamis tu. dok standby je kat sepital. dia kata dia ke hulu ke hilir je kata bawah tu. serius terharu ada hasben cenggini. wah tacing gitu. tiap kali waktu melawat, dia duk lepak kat tepi katil, tolong habiskan lunch & dinner saya sambil main game. itu aje aktiviti dia sepanjang hari khamis di hospital. kejap-kejap kang orang dok sms kol dia tanya pe perkembangan saya. haha, jadik reporter tak bertauliah la dia kejap. rasa macam semua orang dah tak keruan dengan berita saya tetibe dah masuk sepital. hihi. siap family nak datang tapi saya cakap kat papa malu je lah orang datang tapi mama sihat lagi. hehe. tu pun nasib baik papa tak amek mak mertua bawak datang sepital. ibu & abah kat semban lagi best. siap dah beli ayam 3 ekor, standby nak buat lauk pantang. pastu katil baby & katil saya dah bawak turun bawah. hall dah bersedia untuk menerima saya & baby dah. haha. lawak-lawak.

khamis petang, rombongan doktor datang lagi. kali ni dengan doktor pangkat prof ke ape ntah. pastu siap ada konflik sikit kat EDD saya, sebab masa saya 1st scan untuk confirmkan pregnant, EDD ialah 7 Nov & latest scan kat PPUM on regular check up EDD ialah 22 Oct pulak. pada saya, ikut logik, based on latest scan la kan sebab yang latest la condition yang paling accurate. tapi doktor tu kata, the first scan is most accurate, the latest is lesser. aduh, sudahnye saya ditolak ke scan room plak dah. scan punye scan, beza sehari je. so new EDD is 23 Oct. whatever. yang penting, lagi 2minggu budak tecik ni dah boleh tengok dunia, mama & papa. hihi.

ok, sambung episod 3 pulak ye. hehe. baru 3 hari duk sepital dah kecoh. haha. sukati lah! =P

High BP Punya Pasal

Rabu lepas adalah hari kejadian. kejadian 'terlalu fokus' ke 'stress' buat bajet yang kena hantar by Friday tu jugak. sudahnya lepas lunch, kepala ada sikit pusing & perut mengeras tak tentu pasal. oh almaklumlah saya kan keje kat nursing college, so apa-apa hal memang refer pada lecturer-lecturer yang pernah jadik nurse sebelum ni.

so kisahnya ngadu la kat nurse ni apa yang saya rasa, kepala pening, perut mengeras, rasa macam nak pitam. alih-alih nurse tu yang gabra, siap kira contraction kat perut lagi hokeh! memula dia check kepala baby dah engaged ke belum, tapi takde space nak baring, so duduk je lah. pastu dia ajak naik ke mock ward untuk check BP. huiii, bila check BP mencanak 140/100 ye! tak pernah seumur hidup BP tinggi macam tu. tak tau la apa puncanya. lunch sebelum tu minum susu & makan bubur nasi.

lantas nurse tu suruh pegi hospital yang saya register untuk bersalin. nak jadi cerita haritu saya drive ke ofis, so terpaksa menyusahkan hasben datang dengan kawan dia & drive me to PPUM. heh, dia punya cuak kelaka ok. thought that I am going to deliver the baby ASAP la kot. plus ni kan first baby, so memang kalut sikit lah.

sampai je kat PPUM, dah tak tau nak gi mana. ante natal klinik ke, emergency ke. end up, decided to ante natal klinik dululah. tapi sempoi je tak amek nombor sebab time tu nak cepat. pas cerita kat nurse ante natal klinik, dia suruh kitorang naik labor room. peh, time ni memang dah cuak dah. sampai kat labor room, pung pang pung pang, fine saya admitted. masuk dalam, tukar baju pink. segala mak nenek gelang, jam, cincin, rantai, baju dalam seluar dalam sila bukak ye dik. dah tukar baju pink, baju sedia ada tu kasik kat hasben. siap babai lagi. (nasib baik tak salam poyo-poyo. haha)

hui, experience kat labor room memang seksa batin ok. dah macam masuk bilik latihan drama pon ada. orang belah sana dok menjerit tahan sakit, orang kat sini dah bising panggil nurse, doktor bagai. saya kena duk satu wad dengan 2 orang minachi. sorang minachi ok, sorang minachi tak ok. dua-dua dah warded since morning. ok, diorang memang sakit nak bersalin, tapi saya admitted sebab high BP yo, bukan sebab nak bersalin!

2 jam pertama doktor asyik la tanya memacam soklan itu ini. jenuh nak menjawab. sesambil tu mesin CTG dah dipasang kat perut untuk monitor jantung baby. pastu kejap-kejap kang nurse amek bacaan BP plak. awal-awal tu ada la turun sikit, tapi bila dah dengar orang menjerit aiyoma aiyopa memang agak tensi sikit lah.

oh alkisah sorang minachi depan saya yang terpekik terlolong tu pulak, memang havoc sikit. bila dia jerit, doktor datang check baru bukak 2cm ye. pastu doc bebel-bebel pesan jangan menjerit, jangan banyak bergerak sebab CTG takleh trace movement anak dia. dia diam la kejap. tapi tak lama pastu dia dah aiyoma aiyopa balik. datang balik doktor tengok, baru 3cm rupanya. ape lagi, tension la doktor. menjerit beriya tapi baru 3cm. pastu doktor kasik pethidine, senyap kejap. dalam sejam lebih pastu kot, dia punye menjerit dah lemah. dia jerit-jerit pon takde sape nak endah. rerupenya, dah terberanak ok. saya sempat la nengok baby dah keluar sampai bahu so time tu kebetulan nurse masuk nak amek barang, terus berlari sambut anak dia. sib baik tak jatuh katil weh! kalau tak naya je PPUM kena saman careless! huhu. sebab suasana kat labor room dah meriah dengan nurse & doktor yang suruh push-push, dengan suara orang menjerit lagi, pastu kang alih-alih dengar baby nangis. saya nak tido pon tak boleh!

sudahnya saya duk kat labor room tu 7 jam without pain okeh! end up, kena tolak pegi ante natal ward aje. hmmm. sian papa tunggu lama. dengan lapar tak boleh nak kata apa lah. sebab saya punya condition just masalah BP je without contraction kot, tu yang doktor tak fokus sangat kat saya kat labor room tu. dah jumpa papa, naik ante natal ward, papa siap kasik beg sepital baby & mama. heh, cam tak caya je nak duk sepital nih. malam tu bermulalah drama saya kena duduk sepital sampai la Jumaat lepas. & kesian dekat papa dah macam musang dok standby je. banyak kali dia pesan, apa-apa hal bagitau tau. tapi muka dia menten je la, dalam hati agaknya neves kot. ye lah, malam sebelum tu saya dah menangis-nangis sakit gigi.

eh, cerita dah bercampur-campir. tunggu episod dua plak ye. hehe. nak buat keje jap.

37 Minggu Punya Cerita

Isnin, 26 September 2011 - datang ofis macam biasa. bos kelihatan agak pelik tengok saya masih wujud di ofis. hehe. ye lah, minggu sebelum tu lagi dia dah suruh setelkan keje-keje urgent. alih-alih muncul jugak saya kat ofis. hihi. nak buat cemane bos, baby taknak keluar lagi. saya pun dah start pakai pad, sebab kadang lepas kencing ada keluar lendir jernih. ibu takut tu air ketuban ke hapa, so standby pakai pad kot-kot la banyak ke kan, boleh jadi proof nak tunjuk kat doc. tapi saya tak rasa tu air ketuban, just lendir lekit-lekit gitu. tapi tak tau la kenapa sampai harini saya still tak pegi klinik untuk scan baby ok ke tak. sebab baby gerak ok je. huhu sangat konfiden kan?

Selasa, 27 September 2011 - Khamis, 29 September 2011 - pon datang ofis macam biasa. bos takde dari Rabu. so kesempatan nan hado membuat kerja secara perlahan-perlahan kadang sampai terlolap. dah hujung-hujung ni dia punya letih lain macam sikit lah. semalam selamba je baring atas lantai (ofkos ada karpet lah) sebab dah tak larat sangat nak naik surau untuk tido. sanggup ku korbankan lunch hour tauk! last-last, azan Asar dah kebulur. lantas ke cafe mengorder megi goreng. motif megi goreng pon taktau la kenapa. tapi bila combine dengan fresh oren mantop gak. berputar gak la si tecik dalam nih mama dia minum air masam. eh, mama nak kasik kulit awak cantik lah!

oh sepanjang minggu lepas lagi orang kat ofis semua macam pelik je saya wujud lagi kat ofis. diorang kata saya nampak letih la, mengah la, perut dah sangat besar la. due saya bulan oktober la kawan-kawan, nak cuti pun macam tak berbaloi-baloi je. duduk rumah sorang-sorang. kalau terberanak kat rumah cemane? at least kalau saya kat ofis, ambulans memang dah ada, tinggal nak nenonenoneno je pegi sepital. tapi jauh la pulak PPUM. ofis saya kat Batu 9, Cheras. dekat lagi HUKM. tapi dengar kata HUKM kena register dulu. eh cemane nih? tapi logiknye kalau emergency betul-betul nak bersalin dah takkan la sampai hati HUKM nak tolak kan? kalau dia tolak jugak, aku sepak tayar ambulan HUKM. haha macam berani.

Harini, Jumaat, 30 September 2011 - ye, saya masih mampu ke ofis. tapi harini lain macam sikit lah. rasa bisa-bisa sikit kat bawah tu. tapi macam sekali datang je. oh, saya baca kat most mom's blog, time tu baby dalam cubaan untuk engaged. kira macam false alarm la kot. so takyah ke sepital lagi. hehe. sabo sabo. keadaan perut sangat ketat kalau duduk, maybe sebab kepala baby dah kat bawah, so agaknya space dia untuk move around macam sempit sikit. tapi kalau baring rasa lega sikit lah. cemane mama nak buat keje kalau sambil baring nak oi. so sekarang kalau duduk kena sandar sikit, even pinggang tak betul-betul sandar pada kerusi. tapi sebab duduk camtu perut rasa selesa, mama tahan je sakit pinggang sebab awak tau tecik!

pagi tadi breakfast nasi lemak cik usop yang mabeles. pastu minum milo ais pulak. sekali balik dari cafe rasa macam sakit perut yang amat. cik farah farly selamba je borak tapi si tecik ni macam tak kasi layan je. haha. at last, gi ngaku kat cik farah farly yang mama rasa sakit kat bawah tu. hah, menggelabah member pesan kalau apa-apa bagitau. oyeh even kitorang sama dept tapi dia jaga lab, saya jaga bos. sampai je kat ofis, perut rasa memulas ya amat. eh takleh jadik ni. teringat cerita bersalin mummy yun, dia kata rasa nak bersalin macam rasa nak berak. fine, memang saya rasa nak berak. tapi tetiba confuse ni nak berak betul-betul ke, nak 'berak' lain? lantakkan, taknak kotorkan ofis, saya pegi toilet. tapi masuk toilet yang paling dekat, toilet student, bukan toilet staff.

masuk toilet memang saya rasa tak tahan sangat-sangat. dah hujung sikiit. hehe. letak je bontot, brrrrrrrr. ok kompom berak betul, bukan 'berak' lain. hehe. pastu boleh pulak jam jam tu lah student masuk toilet. nak tau ape student tu cakap?

Ya Allah busuknyeeeeeeee bau taik!!!

wakakakakaka. saya yang kat dalam ni gelak sorang-sorang. nasib ko lah! aku dah tak tahan ni. hihi.

ok sekian terima kasih. maaflah jadi entry busuk la pulak. hahaha.

Amalan Suami Isteri Untuk Hamil

hari ni saya nak share amalan saya & suami sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak. dapat amalan ni bila consult dengan salah sorang ustaz kat Seremban.

sebelum tu ustaz tu 'scan' saya & suami kot-kot la ada 'benda' menempel kat badan kitorang yang membuatkan saya tak dapat hamil. rupa-rupanya dalam keluarga saya ada history saka, so kat saya ada la bertapa 'benda-benda' ni tapi takde lah sampai bermaharajalela. ala-ala menumpang gitu. so bila ustaz dah clearkan, 'scan' husband pulak, alhamdulillah dia takde apa-apa. so tiba masanya untuk ustaz tu turunkan ilmu untuk dapatkan zuriat.

firstly, benda basic. solat 5 waktu jangan tinggal. cuba untuk solat di awal waktu.

secondly, lakukan solat sunat dhuha. saya percaya ramai antara kita tau solat dhuha untuk dimurahkan rezeki. so time ni la kita nak mintak rezeki kita, dalam bentuk 'zuriat'. ada banyakkkkk sangat kelebihan solat dhuha ni, tak tertaip pulak rasanya. further info boleh check SINI. rajin-rajin la google ye pasal solat dhuha ni. nak best, gi MPH, beli buku pasal solat sunat dhuha. ada banyakkkkkkk. nak seribu daya kan?

tapi ustaz ni kata, buat 2 rakaat pun dah memadai. so dalam rakaat pertama, baca SURAH DHUHA. dalam rakaat kedua, baca SURAH AL-IKHLAS. pastu dalam sujud akhir, baca doa berikut dalam hati (sila hafal ye!) :

YA ALLAH YA TUHANKU, LINDUNGILAH AKU DARI KAUM-KAUM YANG ZALIM DAN LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

YA ALLAH YA TUHANKU, KURNIAKANLAH AKU KESIHATAN YANG SEMPURNA. BERSIHKANLAH DAN BUANGKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DALAM TUBUH BADANKU.

BUKAKANLAH PINTU REZEKIKU YA ALLAH DAN MURAHKANLAH REZEKIKU. AKU JUGA BENAR-BENAR BERMOHON PADAMU YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH AKU ZURIAT YANG SEMPURNA DAN JADIKANLAH MEREKA SUATU HARI NANTI INSAN YANG TAAT DENGAN PERINTAHMU.

(BOLEH TAMBAH DENGAN PERMINTAAN YANG LAIN)

YA ALLAH YA TUHANKU, MAKBULKANLAH SEGALA PERMINTAAN-PERMINTAAN DAN HAJAT-HAJATKU INI. HANYA KEPADA ENGKAULAH AKU BERMOHON DAN KEPADA ENGKAU JUALAH AKU BERSERAH.

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

* doa yang sama dibaca ketika akhir sujud akhir solat dhuha, selepas solat dhuha, sujud akhir solat hajat & selepas solat hajat.

thirdly, lakukan solat hajat selepas pukul 12 malam. baca doa yang sama seperti di atas.

fourthly, selepas solat Asar, baca ayat seribu dinar 70kali non-stop. maksud non-stop, kalau confuse dah baca berapa, ulang balik sampai tepat & yakin bacaan 70 kali. bagi saya, beli counter tasbih yang tekan-tekan ada nombor tu senang sikit. sekali baca, tekan. kat mydin ada jual kat bahagian pakaian & peralatan solat. dalam kotak warna hijau. harga dalam RM8.90 kot. rupanya macam ni.
tak pun, kalau takde masa nak gi beli, amek notepad, rekod tarikh bila, tulis kat situ je, senang!

oh ini ayat seribu dinar ye.


ok, semua amalan-amalan ni perlu dilakukan berturutan selama 41 hari termasuk hari period. tapi waktu period, perlu sentiasa zikir,

sekurang-kurangnya 300kali sehari. dinasihatkan juga untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

pesan saya, kalau dah habis 41 hari, tak rugi kalau kita teruskan amalan ni. dapat pahala lagi. lagipun ini hanyalah sebagai salah satu usaha. kita perlu yakin Allah akan bantu kita. rezeki Allah luas, tak semestinya kita takde zuriat, Allah tak sayang kita. Allah bagi kita rezeki dalam bentuk yang lain. apapun, tak salah meminta rezeki daripada Allah. kan itu salah satu cara kita dekatkan diri dengan Allah, betul tak? semoga segala usaha kita, diberkati oleh-Nya. Amiinnnn.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up