Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

36weeks pregnancy

hmm..tarik nafas jap. minggu ni genap saya mengandung 9 bulan. tinggal nak tunggu 10 hari je lagi kot-kot baby nak keluar ikut apa yang Allah kata dalam Al-Quran, 9 bulan 10 hari. minggu ni rasa badan penat sangat, rasa nak baring je memanjang. duduk kat kerusi pon dah tak selesa, sakit pinggang. bila baby bergerak aduhaiiii lah, Allah je yang tahu betapa padatnya perut ni.

orang-orang tua kata bila kaki bengkak, tanda bersalin makin dekat. tapi kaki saya tak bengkak-bengkak ponn! cemane nih? dah tak larat nak bawak perut rasanya dah. huhu. saya punya instinct dalam bulan september ni jugak keluarnya. pastu bos pun dah suruh siap-siapkan kerja dalam minggu ni jugak. eh, instinct dia pon sama jugak ke? hehe. anyway, september tinggal lagi 10 hari aje. sila countdown dari sekarang.

perubahan paling ketara dalam final trimester ni ialah keletihan yang tersangat la letih macam siang tadi pegi membajak sawah & tetibe je spenda dah basah. eh, kalau sebelum ni kan rasa nak terkencing tu boleh kontrol lagi, tapi ni alih-alih dah pedih, pastu masuk toilet tengok-tengok dah merembes setitik tanpa disedari. inilah pengorbanan omak, spenda kotor dek kono koncing pon takpo, janji baby sihat. huhu tetibe kan.

seminggu dua ni selalu pulak mimpi dah bersalin, dah nampak baby, dah pegang baby tapi macam biasalah, dah nama mimpi, muka harus tak tak ingat. yang paling ingat tang rambut gulung-gulung, pastu bulat macam johan raja lawak tu. hey, mak jemah suka hokeyy! hehe. entah kenapa suka la dengan lawak si johan tu. sakit-sakit perut ni menahan. banyak kali dah tengok maharaja lawak raya tu still boleh gelak sorang-sorang lagi. sekali, cakap kat papa nak bubuh nama johan boleh? haha sentap la dia tetibe nak buh nama johan. hihi.

oh pasal nama saya serah bulat-bulat pada papa. kasik can la dia feeling jadik bapak kan. tapi sebenarnya masa awal pregnant dulu, masa tu dah 3 bulan kot, saya mimpi baby ni baby 'tut' siap ada nama lagi. sekali, scan betul pulak baby tu baby 'tut', so saya dah cakap kat papa buh nama yang saya mimpi tu. saya anggap tu ilham dari Allah untuk baby ni. jadiknye papa topap je lah nama tu yek.

pasal air kelapa, ramai dah advise minum bila dah hujung-hujung pregnancy ni. tapi haritu saya balik umah ibu, ibu kata dulu ibu minum minyak kelapa. helo, MINYAK kelapa ok! yang best tu, minyak kelapa tu buat sendiri ye. umangai, celah mana nak dapek minyak kelapa home made ni? ibu buatkan boleh? haha. oh ibu saya tu dek banyak sangat makan ubat-ubat ni dia tau lah effect bila minum air kelapa. sebab saya kan still makan ubat sepital yang sah-sah chemical made, so bila berlaga dengan air kelapa, segala mak nenek zat dari ubat sepital tu hilang. no point la makan ubat sepital kan? baiklah, saya tak minum air kelapa lagi.

pasal preparation, semua dah ready alhamdulillah. tinggal breast pump & set bersalin je tak decide lagi. plan nak try dengan manual pump dulu kot, sebab nak melabur sedebuk ratus-ratus tu rasa kelat pulak. susunya keluar ke idak tak tau lagi kan. lagipun ada kawan tu time pregnant dah beli breast pump memahal, sekali pam takdo susu e. apo nak dibuek, picit-picit urut-urut tak maun gak keluar. lantas, berkopam la breast pump tu dalam kotak. ondak dijua kek den takut lak jadik mondo yang samo. so tunggu lah peh bersalin sok.

set bersalin pulak rasa macam tak nak makan jamu-jamu nih, sebab boleh effect pada pengeluaran susu kan. so kita tengok keadaan lepas bersalin cemane nanti ye. berpantangnye insyaAllah kat umah seremban, tapi ada sedikit masaelah lah. rumah kat seremban tu bertingkat, selama ni duk kat bilik atas. so nanti dah bersalin satu hal la pulak nak mendaki tangga. bab nak angkat baby abah dah volunteer, tapi yang omak e ni sape nak angkat? haha omak bosa gajah nak diusung emang tak dapek la weh. pulak bilik kat bawah tu takdo tingkap, bilik renovated katakan. dah tu bilik orang bujang, cam tak best je nak jadik bilik baby. huhu. banyak na alasan kan? last-last ada yang tido bersepah je nanti kang tengok lah. so pada kengkawan yang nak datang tu, (ada ke?) korang almaklum sajalah keadaan omak berpantang sok ye. hihi.

eh, macam best je panggil omak kan? tapi kompom tak lulus nanti, dah apak ee punyo somangat KL dah samo cam KLCC. tu yang jadik mama papa tu. ikut an yo lah~

2 comments:

mummy_ayu said...

suspen.....semoga semuanya selamat key...

youramirah said...

hui, memang saspen kak ayu!kagum saya tengok orang anak ramai2 ni.

mudah2an saya xmenjerit lah hendaknya. hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up