Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Pengalaman Bersalin Part 2

masuk je OT, saya kena sign satu form lagi. saya taktau itu form apa, saya sign je. sebab dalam keadaan kritikal time tu, saya rela dengan apa je yang akan berlaku. dalam OT, saya ditransfer dari katil Labor Room ke 'katil' besi OT. time nak transfer tu masyaAllah, dah la sakit contraction maha hebat, nak angkat badan tu pon tak boleh dah. jenuh la doc n staf lain nak angkat. almaklumlah, 80.9kg tuuu. hehe.

semua berlaku within a second. xsempat nak tarik nafas pon. yang belah kiri dok bukakkan baju, yang belah kanan ejas 'katil' & pasang segala mak nenek alat untuk operate. pastu datang doc bius mintak saya bangun untuk dia bius half body. serius tak rasa sakit kena cucuk kat tulang belakang tu. even cucuk 2 kali, sakit contraction mengatasi segala-galanya. dalam hati saya tak putus-putus mengucap dua kalimah syahadah & baca doa Nabi Yunus. dah sudah bius, saya kena baring balik. doc bius mintak saya angkat dua kaki bergilir-gilir tapi saya tak mampu nak angkat. itu tandanya ubat bius dah meresap start dari pinggang ke bawah.

pada masa yang sama, dah ada penghadang betul-betul kat muka saya. so saya tak nampak apa-apa yang doc godek kat badan saya. tapi saya dapat rasa badan saya macam digoncang-goncang. sampai satu part, doc yang operate saya tu menjerit-jerit marahkan staf dia. ada la dia sebut medical terms tapi saya tak faham. tapi rasanya baby saya tak dapat keluar time tu sebab dia ada sebut perkataan baby. adoiii, mengalir air mata time tu mengenangkan baby. pastu doc bius kat belah kiri sebelah kepala saya, ada sorang lagi staf kat belah kanan kepala saya tolong tolak something dari atas dada saya. tapi yang staf belah kanan ni dia tolak kat tulang breast. sakit okeh! pastu saya rasa macam nak muntah, saya cakap la saya nak muntah. tapi agaknya riuh doc bedah tu lagi kuat, suara saya yang lemah ni diorang tak dengar. sudahnya, saya muntah roti & susu coklat yang saya makan pagi tadi. muntah yang sangat banyak tau. rupa-rupanya staf yang tekan tulang breast saya tu salah teknik. padan muka dia kena marah dengan doc bius yang duk kat belah kiri saya. doc bius tu kata, 'kau buat apa ni? sakit lah patient aku!' pastu dia kata kat saya, 'mintak maaf ye puan, saya bersihkan muntah puan.' agaknya tak pernah orang lain muntah time operate kot. diorang punye cuak sampai diorang pasang tiub oksigen kat hidung saya. kritikalnya saya time tu, saya rasa macam di ambang maut. cukup menginsafkan.

tapi tak lama lepas saya muntah tu, saya dengar suara baby menangis. Alhamdulillah syukur baby saya dapat dikeluarkan dengan selamat pada 8.07 malam. time kena jahit pon saya tak rasa apa. pastu datang nurse tunjuk baby kat saya, tapi saya kan rabun. hehe. nurse tanya tau ke baby apa. saya kata tau, baby boy kan. pastu nurse sua muka baby kat saya, dia kata cium baby ni. saya dapat cium pipi dia. nikmatnya masa tu Allah je yang tahu. saya dah jadi mama!!!

tak lama lepas tu, saya sedar saya ditolak naik ke wad bersalin. saya nampak papa dah tunggu & mintak nak naik sekali ke wad. sampai je kat wad, thrill lagi sekali bila saya nak ditransfer ke katil wad. mujur ada papa tolong angkatkan sekali. saya dengar papa tanya nurse, boleh teman isteri tak? nurse kata tak boleh. esok datang waktu melawat ye. huhu. time tu saya dah nangis, sedih sebab nak berteman.

lepas papa balik, nurse datang bagitau saya kena rehat 6 jam. tak boleh makan minum, tak boleh bangun dari katil. tiub kencing pon dah dipasang, so kalau saya nak terkencing pon tak rasa pape sebab salur tu dah ada. keesokan pagi, bangun je tido saya dah rasa sakit-sakit kat bawah tu. ubat bius dah abis la ni. huhu. pastu datang nurse bawak baby. oh bahagianya rasa bila tengok muka dia. hilang kejap rasa sakit. tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab segala mak nenek tiub ada kat badan. tapi bila doc datang, dia bukakkan tiub kencing saya, dia pesan saya perlu bangun dari katil supaya takde darah beku dalam badan. Allahuakbar. dengan sakit operate, nak handle baby sorang-sorang pulak tu. huhu. papa dah standby dari pagi kat hospital, tepat pukul12 dia masuk hospital. punya la strict PPUM, sampai hasben pon tak dibenarkan masuk melainkan waktu melawat sahaja. sabar je lah.

bila papa sampai, saya rasa complete. macam dah tak peduli dengan orang lain. cukup la saya dah ada papa & baby dalam hidup saya time tu. saya nampak papa sangat-sangat happy dengan kehadiran baby. inilah masanya yang kami tunggu-tunggu selepas pernikahan 5 Jun 2009. masa melawat 2 jam tu saya manfaatkan betul-betul dengan papa & baby. saya tau masa melawat petang nanti papa mesti datang lagi. itu je lah masa yang saya ada dengan orang yang saya sayang time saya sakit di hospital. papa mintak saya kuat untuk handle baby time malam-malam. sebab baby tinggal dengan saya sepanjang masa di hospital. so bila baby nangis ke, nak tukar pampers ke, saya yang sakit ni la yang kena handle sendiri. saya nampak papa kesian dengan saya bila dia pesan pada saya, 'mama kena kuat ye, untuk baby' sambil cium dahi saya. Allahuakbar, jatuh air mata saya time tu. 


nikmatnya bila ada anak sendiri ni boleh saya gambarkan macam dikurniakan rezeki yang tak terkira banyaknya. saya tak tau la ape perasaan orang yang buang anak tu semua. diorang la sejahat-jahat manusia!

eh, dah habis part bersalin lah. hehe. nak sambung cerita lagi tak sampai discaj? hehehehe.

Pengalaman Bersalin Part 1

(dah 6 hari bersalin baru ada masa nak update blog. sila baca dengan tenang ye. hihi)

saya kan dah memang tahu akan di induce pada Isnin, 24 Okt 2011 kat PPUM. so weekend tu memang pulun habis-habisan nak makan macam-macam. feeling-feeling princess pon ada sebab hasben asek la dok tanya 'mama nak makan apa?', 'mama nak apa-apa tak?'. hehe. dua hari tu memang pulun la berjalan sana sini, konon nak mudahkan bukaan la. tapi serius saya tak rasa apa-apa. macam tak percaya je esoknya tu nak kena induce. malam sebelum bersalin tu dapat la makan ayam penyet, tapi lagi terbaeeeeeek - kat Wong Solo Kampung Baru. serius pedas gileeee sampai bergenang air mata. huhu. tapi alhamdulillah puas. hehe.

malam tu gak saya tak boleh nak tido. hasben dah tido awal dah, nak bangun solat hajat untuk mudahkan saya bersalin katanya. boring sorang-sorang, saya kemas dapur, lipat baju, usik sana sini sampai la kul 3 lebih baru la terasa ngantuk. padahal tak sedar diri esoknya tu by 7.30 harus dah ada kat labor room PPUM. huhu. bangun pagi macam biasa, kul 6 lebih tapi pungpangpungpang alamak, dah 7.30 la pulek! alih-alih kul 8.15 camtu kitorang sampai. siap doc tanya apsal lambat. wakaka amek sedas!

kat labor room, saya orang kedua yang di induce pagi tu. member katil sebelah kena induce by 37weeks sebab kencing manis. saya ngam-ngam EDD kena induce sebab darah tinggi. hoho. memula tu doc seluk dulu nak tengok bape cm dah bukak, 1 cm aje ok!! tapi rahim dah lembut. fine. masuk ubat ikut bawah tu. senak okeh! tapi saya tahan. doc kata lepas sejam nanti jalan-jalan bagi senang bukak, pas 5 jam baru doc datang seluk lagi. nak jalan ke mana pon tak tau, duk la sembang ngan hasben kat luar labor room. mintak dia belikan roti ngan air coklat. pastu saya pesan kat hasben gi la balik rumah, sebab doc kata nak tengok saya kul 2 nanti. pas hasben balik, saya jalan-jalan dalam labor room je, sembang-sembang dengan jiran seinduce. hehe.

tepat kul 2, doc datang seluk lagi. surprisingly, bukaan still 1cm ye kawan-kawan. patut la saya tak rasa sakit apa-apa, baru bukak 1 cm rupenye. aduilah, cemane ni.pastu doc kata boleh je nak bagi 2nd induce tapi dia try 'bukak'kan masa seluk tu. pastu saya dibagi ethanox (gas sedut yang melalokkan) & epidural (untuk kurangkan rasa sakit). dua jam pastu saya dah tak larat nak jalan-jalan, nak angkat kaki turun katil pon dah tak tahan sakitnye. memang saya bergantung harapan pada ethanox tu je. sikit-sikit sedut. pas sedut, ngantok, tido. camtu la keadaannya sampai la kul6 lebih. kul6 lebih tu doc dah perasan dah saya macam tak larat, muka letih takde tenaga. pastu nurse yang dok check heartbeat baby kata something wrong dengan reading. diketuk-ketuknya mesin tu, sampai la tukar dengan mesin lain, reading lain macam. pastu doc seluk saya, baru bukak 4cm. pada masa yang sama rupa-rupanya, blood show dah ada & yang paling mendebarkan, air ketuban dah pecah tanpa saya sedari sebab sakit mengatasi semua rasa time tu. huhu. doc dah cuak, saya mesti kena paksa push jugak. so, diorang dah tolak saya masuk labor room yang ngam-ngam untuk sorang patient pada satu masa. time diorang tengah prepare nak readykan saya untuk bersalin tu, doc yang cuak tadi datang check perut. dia kata ada something wrong. saya dengar, tapi tak tanya sebab tak larat. pastu doc kasi satu form untuk saya sign. dia kata, 'puan kena operate ye sebab heartbeat baby dah drop. lagipun puan nampak letih dan takde tenaga untuk push. kita tak boleh tunggu. kita kena selamatkan baby'. hoh, patut pon nurse tadi dok ejas-ejas mesin tu. dia ingatkan mesin rosak, tapi rupa-rupanya baby saya dah lemas!!

saya sign je form tu. pasrah. takde perkataan yang terbayang fikiran saya selain nak selamatkan nyawa baby. & pada masa yang sama, saya pasrah & redha kalau operation nanti, one of us, sama ada saya atau baby, tak dapat diselamatkan. huhu. masa saya ditolak ke operation theater, sempat la jumpa hasben, ibu & abah. hasben pegang tangan saya, amek tudung & spek sebab masuk dalam OT harus takde apa-apa di badan ye. huhu. pastu ibu datang cium dahi saya. oh time tu serius rasa macam nak masuk OT & bersedia untuk mati. huhu. abah orang terakhir saya jumpa sebelum masuk OT, dia sempat gosok pipi saya & pegang tangan je. sedih ya amat time tu. tapi saya tak mampu nak cakap sepatah perkataan pon sebab saya tengah berperang dengan diri sendiri melawan sakit nak bersalin. huhu.

panjang sangat dah rasa ni. to be continue Part 2 ye. hehe.

He's A Boy


Alhamdulillah syukur..

Name : Arsyad Hadi
DOB : 24th Oct 2011
POB : University Malaya Medical Centre
Weight : 3.05kg
Height : 49.5 cm
Delivery thru Caeserean

Last Day Keje Dalam Keadaan Buncit

kejap je kan dah hari jumaat. konon last week berangan nak cuti this week sebelum bersalin. alih-alih lupa pulak nak apply cuti. pastu alih-alih pulak dah hari jumaat. haha. so kompom la next week dah tak dapat nak datang keje sebab due kan weekend ni. plus kena induce pulak kalau tak rasa sakit nak bersalin on the due date. hmmm.
encik boss dah tau EDD saya bila tapi tak tau la dia aware ke tak yang EDD tu weekend ni. so petang karang kasik surprise la ye. see you after Christmas holiday la dato ye. tu pun kalau dia tak holiday la. aritu dengar plan dia nak gi obesi tengok anak bersalin tapi xtau la exact date bila. baru je settlekan visa dia tapi tak perasan la pulak bila. heh.

so di kesempatan ini, saya nak mohon doa kawan-kawan supaya dipermudahkan urusan kelahiran baby saya. (incase la kan kot kot weekend ni dah terkeluar pulak baby ni, tak sempat nak update blog. huhu)

saya nak mintak maaf banyak-banyak pada semua, andai selama saya berblog di sini, ada salah silap saya. (macam hari raya pulak kan? ni baru mintak maaf dengan blogger dah sebak ni. cane nak mintak maaf dengan papa ni. salam raya pon dah meleleh air mata, inikan pulak nak pegi bertarung nyawa dalam labor room. T____T )

3 Days Left

pagi semalam pegi check up macam biasa. everything normal except for the pap smear result. the second swap still ada infection lah =(. so doc dah cakap siap-siap possibilities that would be happened to my baby if i deliver him/her normally. 1st, pneumonia and 2nd, meningitis. taknak cite panjang apa penyakit-penyakit tu. korang klik je lah kat situ ek. sedih... T__T doakan everything ok ye!

since saya tak rasa sakit lagi nak bersalin (no contraction, no blood show, no air ketuban) so doc decide to induce on the EDD. tapi kan my EDD on weekends, doc takde, so kompom beranak (thru induce) by Monday lah. tak tau la nak kata eksaited ke, takut ke apa, sebab saya serius dah tak sabar sangat-sangat-sangat-sangat nak keluarkan baby ni. maybe takut sebab result pap smear macam tu. maybe eksaited sebab dah lama sangat menunggu. sampai dah merasa duk labor room 7 jam pon tak gak keluar si tecik ni. hai laaaa anak mama sorang ni.

so, di hari-hari terakhir mengandung ni, tetibe rasa macam sayang sangat dengan perut buncit ni. lepas ni dah tak tau la bila pulak dapat pakai baju mengandung, dapat perhatian 'lebih' dari papa & entire family, dapat ngada-ngada gedik-gedik sampai nangis dengan papa. huhu serius nanti mesti rindu saat-saat tu semua. dulu masa awal-awal pregnant, konon la tetiap bulan nak ukur perut, nak amek gambar perut. tapi my pregnancy kan sangat mencabar, makan tak tentu, asyik muntah-muntah-muntah, berat turun sampai 3 kilo, gain balik tak sampai 10 kilo. bayangkan beza sebelum pregnant sampai la nak reach EDD ni berat naik hanyalah 6 kilo. tapi syukur Alhamdulillah, anak mama papa ni sihat on track. estimate time keluar nanti tak sampai 3 kilo pon. hihi. mudah-mudahan senang la awak nak keluar ye. =P

oh my, ingat tak saya ni dulu lahir tak cukup bulan. keluar by 7 months je. tu pun sebab ibu teringiiin sangat-sangat makan pajeri nenas. so time saya keluar tu 2.4 kilo sajok. hehe. kurus cam mama kot time lahir. tapi papa kata dia lahir-lahir dah tembam. zaman kecik dia pon memangggg tembam nampaknya. we'll see nanti si tecik jadik cam mama ke papa ek? haha.

dah tinggal 3 hari ni jugak la puas pikir nak makan apa, nak buat apa sebelum bersalin. ni dah dua hari makan burger, tak makan nasi langsung. hehe. kelmarin makan burger otai. tak cukup ok. siap sebat papa punye burger lagi. sian papa dapat segigit je. hehe. semalam pegi midveli makan burger king pulak. harini tak tau la papa nak kasi makan apa pulak ek. hihi. sebab tak rasa nak makan something special pon. tapi ada satu benda je yang saya nak makan betul-betul sebelum bersalin ni, NASI AYAM PENYET RIA kat sunway tu!! nak rekues sekarang, weekdays memang payah la nak ke sunway. gamaknya weekend ni boleh la heret papa gi sana kan kan kan? =)

bila orang duk tanya bila saya nak bersalin, saya cakap, latest by monday, thru induce. pastu mula la keluar cerita induce camtu la, induce camni la. semuanya ngeri. tapi pada saya, sakit nak bersalin tu semua bahagian masing-masing, Allah dah tentukan. yang pasti, kalau tak induce pun, betapa sakitnye contraction tetap sama kan? so saya sedaya upaya set mind ni, think +ve, tak ada bersalin yang tak sakit. nak tak nak, we hae to go thru kan? sekarang ni la masanya untuk saya & papa doa banyak-banyak, ikut nasihat Dr. Marsita, buat tahajud & baca surah Maryam untuk dipermudahkan bersalin. doakan saya selamat melahirkan ye? tengkiuuuuu.

Sedapnye Mulut Berkata-kata

kat office ni dibenarkan suami isteri satu tempat kerja. so nak dijadikan cerita, time lunch tadi. ada la sepasang suami isteri ni duk sebelah meja dengan saya. bila diorang habis makan, si isteri berenti kejap kat tepi saya,

akak due bila? (agaknya dia nampak saya jalan tak larat sangat kot.)

saya pon kata la,

due next week. awak?

dia tanya lagi, sebab dia pon pregnant jugak. agaknya nak sharing apa-apa la tu kot.

saya baru 8 bulan 1 minggu. tapi akak tak rasa sakit-sakit ke? haritu kan akak admitted kan?

heh. glemer rupanya saya kat sini. maunye tak. PA dato katakan. wakakaka.

haritu admitted sebab high BP je. saya duduk labor room 7 jam tapi takde rasa sakit apa-apa pon. so, doc monitor BP je lah.

pastu dia senyum & pandang hasben dia kat sebelah. maybe nak hasben dia tau yang dia pun ada possibility untuk duduk kat labor room lelama kot. serious saya tak perasan ada hasben dia kat tepi tu. hasben dia boleh cakap gini,

why ah they tak induce you?

eh eh eh. sedapnye bercakap. sape doc sebenarnye ni? doc tak advice untuk induce so buatpe nak induce ye tak? pastu saya pon jawab lah,

doc will induce once the lady reached the EDD. my EDD is next week. so if still no contraction or signs of delivery, then they will induce lah.

oh. sambil angguk-angguk kepala.

pastu si isteri pon dah malu agaknye dengan apa yang hasben dia cakap, pegang tangan hasben dia sambil pesan kat saya,

takpe lah kak. tak lama dah minggu depan. sabar ye.

heh, sib baik bini ko soft spoken kan. kalau tak nak je saya sekolahkan,

pandai buat anak je ke bang????

Belom Lagi La Mama

heh. kalau tengok tickers kat atas ni lagi sehari nak cecah due. hakikatnya buat tickers tu masa tau EDD 14 Oct tapi EDD yang latest ialah 22Oct. so ada lagi 9 hari ye sebelum due. cite pasal EDD ni, dah banyak kali berubah. tak tau la sebab apa, maybe sebab period cycle tak betul kot. pastu kang kejap gi klinik private cakap cenggini, gi KK cakap cenggini, sudahnye kat PPUM cakap 22Oct. so ikutkan aje.

hari-hari terakhir sebelum bersalin ni rasa macam tak larat sangat nak berdiri lama-lama. sebab sendiri dah dapat rasa kepala baby dah duk area bawah pusat tu. pastu kang rasa macam bisa-bisa kat situ. jalan pon dah tak betul sikit. pastu asal boleh nak pegang dinding ke, apa-apa je lah yang ada kat tepi-tepi sepanjang berjalan tu. kalau dah baring pulak, nak berpaling dari sebelah sini ke sebelah sana agak sedikit azab. rasanya kalau kira sampai sepuluh pon tak abis pusing lagi kot. punya la slow motion kan? tahankan aje lah.

budak tecik ni pulak kalau malam-malam tu kemain lagi dia berdendang sampai senget-senget perut mama. kadang tu kalau dia aktif sangat sampai nampak la kaki ke tangan ntah terbonjol kat perut belah kiri ni. selalu time tu panggil papa suh tengok apa yang terbonjol tu tapi japgi, slow-slow baby tarik balik. hehe. takut papa ke ape? bagus anak mama. kita boleh geng! hihi.

mama perasan sekarang kalau bising sikit baby terkejut-terkejut. haritu kitorang on the way balik rumah, stop kat traffic light. papa tertarik hand brake kuat sikit. so bunyi pon kuat lah. alih-alih perut mama ditendangnye. ada ka patut? nampak sangat tengah syok-syok tido pastu terkejut dengar bunyik kuat kan. hehe comel. real life nanti cemane la ek nak make sure surrounding awak ni senyap je. huhu.

anyway, bila la anak mama papa nak keluar ni? tak sabar sangat dah mama nak tengok 'hasil' setelah sekian lama menunggu. orang keliling pon semua dah wonder bila la mama nak bersalin ni. kesian tengok muka seposen mama yang macam takde tenaga ni. kat ofis lagi best, jumpa orang ni, eh awak ada lagi?, jumpa orang tu, bila nak cuti ni?, jumpa orang sana, takutnye tengok perut awak besar sangat. hati-hati jalan ye. hehe. nampak sangat orang lain yang dah tak sabar nak awak tau budak tecik! hopefully by EDD mama dah boleh dengar awak menangis dalam labor room k sayang! =)


nah mama tepek lagi sekali gambar awak. tak sabar nak gigit pipi tembam tuuuuuuuuuu~

Episod 3 : Last Day Pertapaan

hari ketiga bertapa kat ante natal ward bersamaan Jumaat, 7 Oktober 2011. dah get used dengan life kat sepital. ececeh. best jugak duduk kat sepital rupanya ek? kejap-kejap nurse datang amek BP, kira heart beat baby. pastu dah hafal time makan, breakfast 8.30, lunch 12, tea 3, dinner 6, malam kebulur. haha. mana taknye, makanan dalam kuantiti untuk orang normal, tak penuh tau perut mak giant ni! sib baik pesan kat papa bawak roti & susu. boleh la buat taik gigi ngonyel ngoyel sambil main game. oh gambar makanan ada, tak transfer lagi. nanti lah kat umah ek!

pagi Jumaat tu doc bagitau semua rekod BP dah cantik, baby pon ok. kepala baby pon dah engaged. tapi herannye sorang doc pon tak offer buat VE tau. kecik hati mak. saje je nak kasi surprise. hmmm. tapi fine, VE sangat sakit ye dak? experience tengok orang beranak kat labor room takleh lupa beb! makanya, go with the flow je lah. doc kata after lunch dah boleh discaj. tapi disebabkan haritu hari jumaat, plus papa pon keje, so tunggu lah pas solat jumaat papa datang amek.

pastu tetibe terpikir, dalam beg sepital mama ada blous butang depan (untuk senang breastfeed) pair dengan kain batik. saya spare dua blous, satu tu besar sikit, satu tu ngam-ngam. yelah, bajet keluar sepital pas bersalin harus lah perut dah kempis kan? sekali masa nak discaj aritu, tukar baju, blous tu muat-muat je perut yang kembung ni. agak sendat gak la sebenarnye. pastu dengan kain batik yang tak berapa nak besar macam kain kat sepital tu lagi. ah, tensi mak! nasib la PPUM dengan kerinchi dekat je. memang tak lencong memana lah. segan ok pakai baju sesendat ni. dah la dengan perut besarnye lagi. ape la perasaan pompuan seksi tu ek baju melekap-lekap je kat badan nampak bonjol-bonjol semua. eeee tak malu kan?

nak discaj senang je, doc kasi MC sampai hari jumaat tu, pastu gi amek obimin kat ante natal klinik. pastu bawak bil & GL hasben gi setel kat kaunter. abes cerita! doc pesan kat rumah kena monitor BP sendiri, nanti 17okt datang check up macam biasa, tunjuk rekod BP tu. lagipun by 17okt tu dah kira check up terakhir la kot sebab due saya kan 23okt. ee dah nak bersalin dah rupenye diri ini. tetibe cuak! doakan semuanya selamat k! amiinn..

eh, pada omak-omak yang dah bersalin tu kan, ada tak doc kata kalau tak deliver by EDD, kena induce ek?

Episod 2 : Bertapa Di Ante Natal Ward

heh, siap ada episod kan? macam drama pulak. tapi memang drama pon sebenanye. ok sambung Rabu malam tu kan saya ditransfer ke ante natal ward, hasben dah bawak siap-siap beg sepital baby & mama. kot-kot la warded sampai terbersalin pulak kan. padahal ada lagi 2minggu nak sampai due.

sampai kat katil nombor 47, dah salam-salam hasben, cakap kat dia saya haus, nak air. hasben mintak kat nurse, nurse kata dia bagi. nurse kasik briefing sikit.

kalau nak apa-apa picit button ni ye. lagi satu saya nak pesan, dalam hospital sebenarnya tak boleh bawak handphone, tapi saya faham kalau jadi apa-apa, patient nak inform pada family members. so, pandai-pandai simpan ye. kalau hilang kita tak nak tanggungjawab.

baiklah. saya menurut perintah.

ok setel semua hasben kena balik. sian dia dari siang tak makan. serabai dah tengok. huhu. keadaan ward adalah gelap, semua orang dah tido. (kot). sib baik la dapat ward katil 4, kalau katil sorang matiklah terbayang cite suster ngesot. huhuhu. pastu dalam gelap tu jugaklah saya dok ngemas apa yang patut. ye lah, nanti senang nak capai kalau apa-apa kan. sekali datang nurse lain baju kaler hijau. tadi nurse baju kaler putih. eh dalam gelap nampak pulak kan? haha.

ni awak admitted sebab apa? (tak sempat saya nak jawab dia dah tolong jawabkan). sebab high BP kan? dah tu sibuk sangat nak kemas-kemas ni kenapa? nak pegi mana? tak reti-reti nak tido?

ok fine saya speechless kat situ. rasa macam kena marah dengan ibu. (serius tak ingat bila last ibu marah.) tapi siap kau nurse baju hijau, i ingat body figure & suara u okeh! c u later! huh. dia datang tu sebab nak amek bacaan BP saya je pon. pas bebel dia blah.

keesokan harinya jeng jeng jeng. pagi-pagi lagi pukul 7.30 camtu nurse datang nak kemas lagi. saya punye la syok tido. tapi dia suh bangun jugak sebab nak tukar bedding. lantak la. dengan terselak-selak kain, dengan muka terpisat-pisat pasrah je la kena turun katil. dah sudah tu saya naik katil balik, sambung tido. hehe. tapi dah namanya kat sepital kan, segan la ramai orang tengok kita. sudahnya minum pagi pon tiba, i pon santap la. ops, pagi tu dah bangun subuh dah gosok gigi cuci muka, tinggal tak mandi je lagi. pedulik, hasben bukan ada nak belek-belek pon. haha. dasar malas kan?

pastu dalam kul 8.30 lebih kurang, datang segerombolan doktor. sampai tak tau doktor betul ke doktor student. lantak lah. janji diorang boleh setelkan apa masalah saya kena admit ni. pung pang pung pang, rekod BP saya dah turun tapi tak cantik lagi macam sebelum ni. so kekdahnya kena tahan lagi sehari. haiiiiilah, bosan ok bosan duk ward tu. dah la tv takdok. bilik tv pon takdok. hasben dok kirim tab pon dah bosan main game. wifi ada tapi restricted pulak. mesti takmo kasik nurse fb la tu. huhu. so aktiviti di ward untuk hari kedua adalah baring, main game, tido, berjalan gi surau, itu saje. kalau boring sangat, bangun katil pegi bilik air, main air sambil bercakap dengan baby depan cermin. saiko kan? haha.

oh kesian yang amat dengan papa, dia tak keje hari kamis tu. dok standby je kat sepital. dia kata dia ke hulu ke hilir je kata bawah tu. serius terharu ada hasben cenggini. wah tacing gitu. tiap kali waktu melawat, dia duk lepak kat tepi katil, tolong habiskan lunch & dinner saya sambil main game. itu aje aktiviti dia sepanjang hari khamis di hospital. kejap-kejap kang orang dok sms kol dia tanya pe perkembangan saya. haha, jadik reporter tak bertauliah la dia kejap. rasa macam semua orang dah tak keruan dengan berita saya tetibe dah masuk sepital. hihi. siap family nak datang tapi saya cakap kat papa malu je lah orang datang tapi mama sihat lagi. hehe. tu pun nasib baik papa tak amek mak mertua bawak datang sepital. ibu & abah kat semban lagi best. siap dah beli ayam 3 ekor, standby nak buat lauk pantang. pastu katil baby & katil saya dah bawak turun bawah. hall dah bersedia untuk menerima saya & baby dah. haha. lawak-lawak.

khamis petang, rombongan doktor datang lagi. kali ni dengan doktor pangkat prof ke ape ntah. pastu siap ada konflik sikit kat EDD saya, sebab masa saya 1st scan untuk confirmkan pregnant, EDD ialah 7 Nov & latest scan kat PPUM on regular check up EDD ialah 22 Oct pulak. pada saya, ikut logik, based on latest scan la kan sebab yang latest la condition yang paling accurate. tapi doktor tu kata, the first scan is most accurate, the latest is lesser. aduh, sudahnye saya ditolak ke scan room plak dah. scan punye scan, beza sehari je. so new EDD is 23 Oct. whatever. yang penting, lagi 2minggu budak tecik ni dah boleh tengok dunia, mama & papa. hihi.

ok, sambung episod 3 pulak ye. hehe. baru 3 hari duk sepital dah kecoh. haha. sukati lah! =P

High BP Punya Pasal

Rabu lepas adalah hari kejadian. kejadian 'terlalu fokus' ke 'stress' buat bajet yang kena hantar by Friday tu jugak. sudahnya lepas lunch, kepala ada sikit pusing & perut mengeras tak tentu pasal. oh almaklumlah saya kan keje kat nursing college, so apa-apa hal memang refer pada lecturer-lecturer yang pernah jadik nurse sebelum ni.

so kisahnya ngadu la kat nurse ni apa yang saya rasa, kepala pening, perut mengeras, rasa macam nak pitam. alih-alih nurse tu yang gabra, siap kira contraction kat perut lagi hokeh! memula dia check kepala baby dah engaged ke belum, tapi takde space nak baring, so duduk je lah. pastu dia ajak naik ke mock ward untuk check BP. huiii, bila check BP mencanak 140/100 ye! tak pernah seumur hidup BP tinggi macam tu. tak tau la apa puncanya. lunch sebelum tu minum susu & makan bubur nasi.

lantas nurse tu suruh pegi hospital yang saya register untuk bersalin. nak jadi cerita haritu saya drive ke ofis, so terpaksa menyusahkan hasben datang dengan kawan dia & drive me to PPUM. heh, dia punya cuak kelaka ok. thought that I am going to deliver the baby ASAP la kot. plus ni kan first baby, so memang kalut sikit lah.

sampai je kat PPUM, dah tak tau nak gi mana. ante natal klinik ke, emergency ke. end up, decided to ante natal klinik dululah. tapi sempoi je tak amek nombor sebab time tu nak cepat. pas cerita kat nurse ante natal klinik, dia suruh kitorang naik labor room. peh, time ni memang dah cuak dah. sampai kat labor room, pung pang pung pang, fine saya admitted. masuk dalam, tukar baju pink. segala mak nenek gelang, jam, cincin, rantai, baju dalam seluar dalam sila bukak ye dik. dah tukar baju pink, baju sedia ada tu kasik kat hasben. siap babai lagi. (nasib baik tak salam poyo-poyo. haha)

hui, experience kat labor room memang seksa batin ok. dah macam masuk bilik latihan drama pon ada. orang belah sana dok menjerit tahan sakit, orang kat sini dah bising panggil nurse, doktor bagai. saya kena duk satu wad dengan 2 orang minachi. sorang minachi ok, sorang minachi tak ok. dua-dua dah warded since morning. ok, diorang memang sakit nak bersalin, tapi saya admitted sebab high BP yo, bukan sebab nak bersalin!

2 jam pertama doktor asyik la tanya memacam soklan itu ini. jenuh nak menjawab. sesambil tu mesin CTG dah dipasang kat perut untuk monitor jantung baby. pastu kejap-kejap kang nurse amek bacaan BP plak. awal-awal tu ada la turun sikit, tapi bila dah dengar orang menjerit aiyoma aiyopa memang agak tensi sikit lah.

oh alkisah sorang minachi depan saya yang terpekik terlolong tu pulak, memang havoc sikit. bila dia jerit, doktor datang check baru bukak 2cm ye. pastu doc bebel-bebel pesan jangan menjerit, jangan banyak bergerak sebab CTG takleh trace movement anak dia. dia diam la kejap. tapi tak lama pastu dia dah aiyoma aiyopa balik. datang balik doktor tengok, baru 3cm rupanya. ape lagi, tension la doktor. menjerit beriya tapi baru 3cm. pastu doktor kasik pethidine, senyap kejap. dalam sejam lebih pastu kot, dia punye menjerit dah lemah. dia jerit-jerit pon takde sape nak endah. rerupenya, dah terberanak ok. saya sempat la nengok baby dah keluar sampai bahu so time tu kebetulan nurse masuk nak amek barang, terus berlari sambut anak dia. sib baik tak jatuh katil weh! kalau tak naya je PPUM kena saman careless! huhu. sebab suasana kat labor room dah meriah dengan nurse & doktor yang suruh push-push, dengan suara orang menjerit lagi, pastu kang alih-alih dengar baby nangis. saya nak tido pon tak boleh!

sudahnya saya duk kat labor room tu 7 jam without pain okeh! end up, kena tolak pegi ante natal ward aje. hmmm. sian papa tunggu lama. dengan lapar tak boleh nak kata apa lah. sebab saya punya condition just masalah BP je without contraction kot, tu yang doktor tak fokus sangat kat saya kat labor room tu. dah jumpa papa, naik ante natal ward, papa siap kasik beg sepital baby & mama. heh, cam tak caya je nak duk sepital nih. malam tu bermulalah drama saya kena duduk sepital sampai la Jumaat lepas. & kesian dekat papa dah macam musang dok standby je. banyak kali dia pesan, apa-apa hal bagitau tau. tapi muka dia menten je la, dalam hati agaknya neves kot. ye lah, malam sebelum tu saya dah menangis-nangis sakit gigi.

eh, cerita dah bercampur-campir. tunggu episod dua plak ye. hehe. nak buat keje jap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up