Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Arsyad Hadi is Three Months Today

saya dah ngantok ni mama...

eh, pandang kamera lah jap. hehe.

terus tak jadi tido. sori bebeh.

errrrrr....

makin boring lah saya...

ini yang saya mauuuu..zzzzzzzz
tu dia cik Arsyad Hadi kita yang dah tombam. patut hari ni gi cucuk 3 bulan, tapi sebab CNY, postpone esok lah. so bersedialah dikau Arsyad Hadi untuk dicucuk. huhu. last monthnye cucuk yang bape serangkai entah tu, Alhamdulillah Arsyad Hadi tak demam, just batuk & selsema je. harap-harap cucuk kali ni takde lah batuk, selsema, demam ye. mudah-mudahan berkat susu mama, Arsyad Hadi dah cukup kuat. tapi kalau demam jugak, itu Allah punya kuasa kan? ni video Arsyad Hadi kena cucuk haritu..sian dengar dia nangis..huhu


baby mommies semua demam teruk tak pas kena cucuk 3 bulan? hmmm...

Handbag Tambahan Ke Ofis

sarakids.com

sekarang dok sebok ngendong beg ni tetiap hari ke ofis sebab dikala kebengkakan melanda, harus kena perah kasi keluar. cap Stylo Mama, by Sarakids. hoh, mama kan cerewet sikit bila membeli, harus study dulu, tengok ada tak kaler pink. hehe. so bila dah google nampak pulak cooler bag kaler pink yang leh sumbat pump sekali, rembat!

oh, this combo set RM135, kalau nak beli bag sahaja RM75.90. pepandai la google, aritu nampak kat OneBabyWorld ada less tapi cepat nau habisnye. rupe bag ni ada macam bag camera pon ada kan? memang muat letak DSLR (kot?), mama takde DSLR so agak-agak je la. dalam ni boleh muat ice pack 3 ketul, botol kenit macam dalam pic tu 5 bijik, dengan satu set pam manual. beg ni bila disandang sampai ke paras pinggang. so di tangan yang sama mama boleh pakai handbag. takde lah semak sangat nampak kan? (perlu ke menjaga imej sebegitu rupa?wuwuwuwu)

mama beli sebab nampak kat tenet majoriti cooler bag bercorak-corak. mama kan PA VIP, kang bawak beg corak baby-baby ni nampak tak profesional pulak. so nak jaga supaya tak drop my water face, mama consider amek yang plain. ada jumpa kat Jusco kaler hitam, tak silap cap Simple Dimple kot, RM39.90 aje, tapi talinye pendek nau, nak disandang paras ketiak je. so bila dah pakai handbag, kelihatan seperti makhluk berkepak pula sebab kiri kanan ada bag. hehe. (boleh je nak pegang, tapi kang singgah beli breakfast tertinggal pulak mende tu susah pulak nak meragau cari. huhu)

ada lagi nak cerita, nanti ek. tengah bizi ni. (tapi sempat gak update. hihi)

Kurus Selepas Bersalin

eh, bukanlah nak kata mama ni kurus lepas bersalin tapi 'turun berat badan' lepas bersalin. ada la jugak kempis sikit-sikit. hehe. *muntah la papa baca statement ni* ok, macam ni dia punya persamaan;

sebelum preknen : 74kg
hujung preknen : 81kg
dalam pantang : 70kg
habis pantang : 66kg
berat sekarang : 68kg

rasa nak tumbuk perut sendiri sebab baru seminggu masuk office dah naik 2kg??????? kalau ikut BMI, mama kena minimum berat 60 baru la BMI normal. huhu. meh nak tunjuk proof,

BMI 27 ikut berat sekarang.

BMI 24 kalau berat 60kg. itupon sipi-sipi je sebab start overweight ialah 26 ye. *pengsan*

Body Mass Index is an established system to judge people obesity.
According to the most popular scheme:
You are SLIM if your BMI is below 20.
You are the in the ideal weight range if between 20 and 25.
You are slightly overweight between 25 and 30.
You are Overweight if over 30.

sape nak kira BMI tengok kat sini, Body Mass Index Calculator.

tapi kan yang bestnye naik office orang tegur mama kurus. sampaikan cleaner bangla pon tegur, 'akka, sudah masuk kirja ka? manyak kurus la tengok.' *betulkan awning tudung* =P sebab kan join company ni memang dah pregnant, so haruslah kelihatan gemuk . (ceh, macam la sebelum preknen tak gemuk kan?) oh, memang mama overweight pon sebelum ni. tu yang susah nak preknen. ada je orang yang sejak azali overweight tapi boleh preknen kan. itu lain, mama ni sejak azali kurus tapi naik badan lepas stop sukan pastu time study makan, dating makan, frust makan, dapat 3pointer makan, pointer jatuh pon makan, so hobi ialah makan. dan pernah orang berkata kepada saya, 'suka la tengok ko makan. macam sedap sangat je makanan itu'. heh, ko kasi apa je pon kat aku kalau dah nama perut macam tong memang la nampak sedap. dah kekdah suapan pun penuh satu tapak tangan kan. hehe. nasib mak mertua tak buat test makan depan beliau. =P

ada sorang Indian lady, baru je kawen last Nov. dia punya teruja tengok mama kurus, sampaikan jumpa kat mana-mana pun asek la dok puji 'jelesnya tengok you kurus'. pastu mama pon perasan la depan cermin, rasanya takde la kurus melengking sampai dia teruja. so mama tanya la kat dia, 'apsal you surprised sangat tengok I 'kurus' macam kurus sangat-sangat?' pastu dia kata la, 'I tengok Indian lady mostly put on weight lepas beranak, so nanti kalau I beranak I nak pantang macam Malay buat la. boleh kurus kan?' mama pon cam, pebende la pompuan ni, ko nak kurus macamana lagi, berat dia adalah 40an ke 50an aje ye. ada hati nak kurus? puiiii~

so nak kata tips kurus macam takde. haha. geli pulak rasa nak taip perkatan tips kurus. hihi. mama pon bukanlah pantang sangat, gitu-gitu je. jamu-jamu tak usik pon. rutin makan pon biasalah, SUP SUP SUP SUP SUP SUP selama dua bulan ku bantai lunch & dinner. sedih kan? pastu mama ni bukanlah herbivor, rasa macam makan rumput pulak bila makan sayur. tapi mengenangkan breastfeed anak, ku telan jua. takde la best mana pon sayur tu. haha. makan buat cukup syarat je nak breastfeed anak. *harap jangan la turun perangai tak makan sayur kat Arsyad Hadi*

tapi satu je kot faktor utama yang membuatkan berat turun, FULLY BREASTFEED baby. sebab zat kita dah share dengan susu yang nak kasi kat baby, so sikit-sikit berat tu turun la. (betul ke ayat ni? bantai~) so, pada bakal emak di luar sana, sila tanam azam untuk FULLY BREASTFEED anak sejak mengandung ye. supaya boleh kurus! hihi.

oh, nak cerita pasal breastfeeding pulak. next entry eh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up