Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Dua Belas Kuasa Tiga

alahai mintak hampun mintak mahap dah menyepi lama sangat. sebabnya dah makin bizi. dulu PA org VIP, sekarang VVIP pulak. dah semua orang dok kerumun je nak jumpa. sampai nak solat & pam pon tak nyempat-nyempat. baru hilang kejap dah kecoh satu ofis, where is Amirah? Tadi I nampak dia tapi sekarang takda. aiyoooo, rasa macam nak pakai walkie talkie je supaya semua orang boleh roger-roger. jadual pam memang dah kelaut sangat dah ni. dulu busuk-busuk dapat la 2 kali pam, sekali sebelum lunch, sekali lepas lunch. tapi sekarang bawak pam buta-buta je gi ofis, sudahnye pam dalam kete on the way balik tak pon sampai rumah terus pam. what to do. I am a working mother! (matiklah kena kondem orang lain pon keje jugak tapi ada masa nak pam. sila duduk dalam kasut saya sekarang atau in English please be in my shoes now. hehehe)

tapi memandangkan hari ni hari spesel, tarikh yang sangat cantik, saya gigih la menaip jugak walaupun tau maybe post ni keluar by afternoon nanti. but then, it is only a date. hari Rabu pulak tu. tak best lah. hehe. nak update pasal dak gomok sorang tu la nak? Arsyad Hadi a.k.a Cacadi a.k.a Acad sekarang dah nak masuk 14 bulan 24 haribulan nanti.
 
 
look a like? no komen!
 

- dah boleh berjalan on its own feet masa 10 bulan. ini budak hati sangat kental. gigih paut sana sini. lelaki katakan. biarkanlah melasak. walaupun gaya jalan sangat tidak menyakinkan, tapi dia mampu mengejar kucing dengan kengkangan tersebut. bravo!

- dah dapat chicken pox time 10 bulan jugak. mama ingatkan demam berterusan tu sebab nak jalan ke sebab nak tumbuh gigi ke hape, sekali ko kuar seketul jerawat kat atas kepala. pastu dah merebak kat area leher ngan bahu plak. opah kata takpe kena time baby, senang nak jaga. cuma kena tabah sikit la dia punya merengek tu. plus nak mengopek extra hours late night! mama pasrah nak. +.+

- gigi atas dah ada 5 batang, bawah 2 batang. Ahad lepas perasan ada lagi 2 ketul kat bawah nak tumbuh lagi. sabit la kuat gigit sekarang! suka gigit siku mama & papa. dia akan rasa sangat hepi kalau dapat rasa tulang siku mama & papa. maybe la sebab nak tumbuh gigi tu.

- sangat obses dengan kucing, ayam dan burung. pernah sekali dia meniarap depan kucing tu macamkan dia nak cium kucing tu. adehhhhh. obses dengan ayam sebab subuh-subuh dengar bunyi ayam berkokok + kat umah atok seremban ada sereban ayam. obses dengan burung sebab kat kawasan rumah ni ada pencinta burung yang suka nau tabur roti nak bagi burung tu makan. so bila dia nampak burung-burung tu kerumun dia jadi geram. bila dia geram dia akan buat bunyi 'hissssssssss' sampai terpercik air liur. =P

- suka sangat main air. contoh pegi basuhkan tangan dia, dia nak pegang-pegang air tu. alahai anak omak nih, air tu mana boleh digenggam, tapi dia punya bersungguh usaha nak gak pegang air tu sampai lenguh tangan kita mendukung. kalau dia menangis ke merengek ngada-ngada ke, cuba bukak pintu bilik air, bukak paip bagi dia dengar bunyi air, kompom sengih pastu sambil kedek-kedek nak masuk bilik air. mama ingatkan memang dia akan suka everything relates pada air, so mama beli la satu kolam kecik yang tak sampai RM10 nak buh dalam bilik air. so that mama imagine mama buat buih pastu letak dia dalam kolam tu, dia akan suka. tapi sebaliknya masyaAllah! dia menjerit gile-gile punya bingit, takmo dekat dengan kolam tu. padahal kolam sikit punya kalerful ok! tak paham betol! rugi kalau bawak dia gi waterpark ni. hahaha
 
rasanya sampai sini dulu lah kot. nanti ada masa kita story mori lagi k! boboiiiiii.............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up