Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Babai MODU, Ailebiu SWING

Baru beli MODU bulan lepas, pakai dua kali je. performance tak bagus lah. I mean tak sebagus pam manual Anakku yang mama pakai sejak pantang Oktober 2011. sekarang kan musim merudum sana sini. mama pon terjangkit sekali. plus jadual pumping yang tak menentu, due to kebizian yang tak tentu arah kat ofis ni. our university college in the process to become a full fledge university. so banyakkkkkkkkkkkkk gile preparation nak kena buat untuk present depan ministry. budak RA dah lama takde, tinggal la PA keseorangan bersilat buat keje ni ha.

disebabkan itu, mama kembali ke zaman merudum mula-mula dulu, lunchtime balik kejap untuk topap susu kat opah. sadis weh! opah dok la tanya ni balik semata-mata nak hantar susu ke? mama angguk la. mama tunggu gak dia cakap tak payah la susah-susah, beli je susu tepung. tapi Alhamdulillah BELUM LAGI. ahaha belum lagi ok! takut nanti opah cakap nanti terus naik darah tinggi mama. adoiiiii! kadang-kadang terasa jugak nak beli FM, tapi selagi mama boleh bertahan, mama bertahan. susah macamana pon, mama kena kaji balik macamana nak boost milk semula. dapat buat stok sehari dalam fridge pon jadik lah! =(

disebabkan ketidakcemerlangan MODU itu, mama let go je. mama taknak let go kat sini, sebab kang korang blame aku pulak susu aku tak lebat, ada hati nak suruh orang beli. hihi. so mama jual la pada orang lain. terasa la jugak rugi, beli, pakai sekali, alih-alih jual. ni semua PINK punya pasal la. huhu. plus MODU kan jarang orang pakai, so testimoni memang tak banyak. tapi disebabkan kebongokan mama yang terpedaya dengan warna PINK, terbeli jugak. pastu, padah! =(

selepas seminggu buat research pasal elektrik pam, (oh sebab mama nak dapat susu banyak tanpa makan masa + penat) akhirnya mama pilih MEDELA SWING. mula-mula tergoda dengan AUTUMNZ ULTIMATE, tapi takde orang sekeliling yang pakai la. so kang aku terkial-kial nak pam sesia je. my bff suggest MEDELA FREESTYLE, adoiii memang la the best investment, tapi macam tak rela pulak nak melabur sebanyak tu. so yang sedang-sedang aja, amek SWING aje lah. nak beli online memang best, tapi nak tunggu post lagi, berzaman lah. susu dah semput-semput nih. jadiknye, semalam terjah Midveli, singgah Mom's Care, dapat la pujaan hati yang diidam-idamkan. =)

Standard price @ Mom's Care RM799
Kalau la mama tau terdesak macam ni, mama dah beli time Expo bulan lepas. sah-sah murah kan? dengar cerita time expo FREESTYLE boleh dapat RM1200 je ko. biasa kat RM1500 kalau promo biasa. =( papa punye terkejut harga mahal cenggitu. (psst, sebab mama beli pakai duit mama. kalau mintak dengan papa mesti banyak soal jawab. ye lah, mahal kan? tapi takpe, mama akan proof kat papa yang memang tak rugi beli pam ni!) papa kata kat Acad, Acad kena doakan mama dapat bagi Acad minum sampai umur 2 tahun tau. sian mama. ok, sila tadah air mata sekarang. terharu tau! 

Projek tenusu depan PC sajek!

heh. Dato tengah meeting ni. so boleh la ngepam kat office jek. hihi. tadi sedap-sedap pam, masuk pulak cleaner. sib baik dah cover ngan shawl. tapi mesti dia wonder kemende la natang kuning atas meja berbunyi-bunyi tu. disebabkan dia bangla, so boleh la mama kategorikan dia tak tau pasal brestpump ni. hehe.

4 oz within 5mins uols!
 ni second session. first session tadi dapat 5oz dalam 10mins. tapi tadi buat projek kat surau. segan pulak dengan student-student sebab mesin dok bunyik vibrate zzzz zzzzz. lantak. korang belaja nursing kan? mesti tau betapa pentingnya breastfeeding. =)

>5 oz after 15mins. ok la.
ok la not bad kan dapat 5 oz untuk first time use. pasni kena buat jadual pumping ni supaya berbaloi-baloi dengan harga pam. sampai papa asek la tanya dapat bape botol arini? hukhuk. baru dua botol @ 10oz. Acad minum 21 oz seharian kat umah opah. mana nak cari lagi 11oz nih?? tunggu beberapa session lagi pasni lah. hopefully dapat la lagi 11oz. takyah mama balik lunch time esok nak topap susu. =)

kiri storage bottle Stylo Mama by Sarakids, kanan tak asing lagi, cik Medela.
botol Medela ni gemok sikit lah. bila mama transfer dalam botol Stylo Mama, penuh sampai berlebih-lebih. kurus ek botol Stylo Mama? oh, mama transfer sebab botol Medela ni ada satu jek. botol Stylo Mama tak ngam pulak dengan kepala Swing, so kena la cari alternatif lain. ada yang kata botol Bumble Bee ok dengan pam Medela. 10botol Bumble Bee baru RM30. kalau nak beli botol Medela, 3botol RM69!! pitam mak!!

kesimpulannya, pam ni ok sangat-sangat pada orang yang really rely on manual pump macam mama. bunyi mesin ala-ala vibrate, ok la daripada bunyik mesin rumput MODU. huhu. sungguh berbaloi-baloi! mudah-mudahan SWING ni bertahan la sampai bila-bila, at least sampai Acad 2tahun nanti insyaAllah. =)

Arsyad Hadi Was 7 Months Yesterday

Semalam kan 24haribulan. Maknanya genaplah la si tombam mama tu 7bulan. memandangkan 7 bulan tak perlu nak ke klinik, so mama anggarkan berat Arsyad sekarang dah lebih 8kg sebab last weekend balik Seremban letak dia atas scale dah genap 8kg. so kurang-kurang minggu ni naik la 50gram ke 100gram ke ye dok.

Semalam kan boss MC, so haruslah blogwalking macam gilo. semua pon nak bukak. haha. last-last entry anak terbiar. sobsss. ok meh tepek gambar meh.

muka baru bangun tido memang cenggini je.
 Abaikan kelebaran lengan papa itu. beliau memang wrestler. haha. *papa ailebiu* perasan tak tangan Acad tu macam tu. ekceli dia suka goyang-goyangkan tangan dia macam menari gitu. mama tak sure mama suka tengok tarian ke hape time pregnant dulu tapi peel goyang-goyang tangan ni macam signature Acad dah. kecik-kecik ni comel la kan, dah besar sokkk, memang mama seligi je nanti. hehe. time ni tengah tunggu nombor naik. ramai orang. orang pregnant ada, baby yang baby sangat ada, baby tua dah berlari pon ada. tetibe teringat zaman sarat dulu. best je dengar heartbeat baby kan? =) (mood nak pregnant ni bahaya ni. papa tido luar eh. =P)

tengah main brooch jurai-jurai mama.
pastu dah naik nombor checkup bagai. kono la cucuk amondo ntah. budak ni pantang dia kalau tengah main-main, kita baringkan dia. memang tergeliat tangan nak pegang. dah la tombam! haha. tengok tangan mama goyang-goyang tepuk dia. konon nak mententeramkan dia la tu. tapi sengal punye nurse mama dah tepuk-tepuk Acad, Acad dah leka main brooch jurai mama, dia boleh pulak baru nak masukkan ubat kat jarum. cinabeng sungguh! last-last Acad dah start rimas baring, mama peluk dia kuat-kuat, dah start nangis. ye lah, boring kan tunggu lama.pastu boleh nurse kata, aik, belum cucuk dah nangis? dalam hati mama kata, ko tu yang lombab! copeklahhhhh!!!!

kena sedas. huhu.
pastu bila Acad dah start meronta nak bangun, dia dah start nangis, nurse dah cuak. nak pegang peha nak masukkan jarum pon ketaq weh. kojo gilo boto tau! sebelum aku bertukar jadik nurse, baik ko cucuk cepatttt. tengok, mama dah umpan bebe kegemaran pon Acad dah pedulik dah. ini semua nurse punyo pasal!! pastu kan, dah sudah cucuk tu nurse perasan papa amek gambar. dia kata, cik ambik gambar ke? sebenarnya tak boleh tau cik. nanti saya yang kena. eh, kat PPUM boleh, siap rekod video lagi, apasal Klinik Kesihatan tak boleh? kan sama konsep kan? lantakkkkkk. janji selamat dah gambar Acad kena cucuk. anyway cik nurse, papa nak amek gambar anak la, bukan gambar awak. nanti anak dah besar, boleh tunjuk dengan anak, haaa ni dulu-dulu Acad kuat nangis tau. mesti dia malu sendiri. hihi. takleh imagine Acad dah besar. janganlah besar cepat sangat nak oi. mama rindu baju kecik-kecik ni lah..... =D

Langkawi

Kenapa semua orang update cerita pegi Langkawi ni eh? kenapa Langkawi? haha mesti sebab tiket Air Asia promo aritu kan? ekceli mama + papa + Acad pon terjebak sama akan terbang ke Langkawi next month. by the time next month, Acad dah 8bulan insyaAllah. takde syarat baby takleh naik katebang kan? cuma flat rate la untuk infant, RM50. dahtu kena beriba plak kan. takleh imagine cemane Acad naik katebang. mama kompius macam-macam. (dah tau nak kompius gi beli tiket buat ape? T_____T )

kekompiusan itu ialah :

1) boleh bawak stroller tak naik katerbang?
2) kalau tak boleh, kat sana mesti ada jual stroller kan? murah tak?
3) ada kemungkinan baby mabuk naik katebang tak?
4) kalau ada, cane nak handle eh? 45 minit kot dalam katebang tuuuuu.
5) kat Langkawi ada jual barang-barang baby yang murah-murah tak? kata duty free. kalau ada breastpump free layan gak kan? hehe.

sekian kekompiusanku itu. sape dah pegi Langkawi dengan baby kecik harap jawab ye. =P

Petua Dapat Anak Perempuan

haish, dah bulan 5 ni. bulan 10 nanti Arsyad dah setahun. bulan 10 tahun depan Arsyad dah dua tahun. hoyeh, Arsyad boleh dapat adik dah. haha. ape ke sengal mama ni kan? inilah namanya family planning! wakaka. mama sentiasa ingat pesan doc pas bersalin haritu, make sure you pregnant lagi after two years ye. ingat, after two years. BAIKLAH. =/

mama ni kan pernah TTC (Trying To Conceive) selama setahun lapan bulan sebelum dapat Arsyad ni. hidup stress, keje stress, duit banyak pun tak guna. memang betul, kebahagiaan tu memang takde jual kat mana-mana. kalau ada jual mesti mama dah borong. haha. dalam tempoh TTC tu, mama buat keputusan mendadak, resign with 24hour notice. kena marah dengan kawan-kawan sebab dikatanya mama tak fikir panjang. memang mama tak boleh nak fikir pon. kerja tak seronok, mama saje buat keje main-main, dengan harapan konon bos tak suka kita, boleh la dia transfer kat department lain ke kan, tapi nan ado. seminggu sebelum mama resign, tiap-tiap hari mama nangis. ngadu dengan papa sampai bila nak hidup macam tu. papa nasihat macam-macam, cool time tu je lah. last-last mama tak tahan sangat, mama draft resignation letter, tunjuk kat papa. ajaibnye, papa boleh pulak betulkan ayat & topap ayat-ayat sedih. haha.

esoknye tu mama bagi surat kat bos, bos kata dah pikir panjang ke? sebelum ni lagi mama dah kata ngan dia mama dah tak tahan keje situ, siap bagitau dah attend berpuluh interview, tapi dia buat dek je. ingat mama main-main agaknye. last-last, mama keje sambil lewa, saje buat dia sakit hati, pastu mama dapat reminder pasal keje. time tu syukurnye ya Allah, bos dah tak suka aku! yes!! so bila dah dapat reminder tu, mama cakap ngan dia nak 24hour notice, bayar sebulan gaji pon takpe. sebab dah tak tahan sangat kan? pastu nak tau dia counter ape? awak taknak notice sebulan ke? danggggggg! sahsah orang dah tak suka kita kan, nak tunggu sebulan lagi? oh no no no no tak sanggup. sebelum aku stress lagi 30hari, sebelum aku pancitkan tayar ko, baik aku resign on the dot. abes cite!

esoknya tu bermulalah kehidupan sebagai surirumah. HEAVEN ko!!! tapi bila melangkah ke Midveli dah tak heaven dah. macam melangkah ke jambatan gantung gitu. huhu. so rancak lah apply keje sana sini, attend interview sana sini. abes IPT dah pegi dah kat KL tu. last-last melekatlah kat satu IPT kat Mantin sana lepas berjaya menganggur dua bulan. hehe.

memandangkan Mantin itu jauh dari KL, maka separatelah kami suami isteri. convert to weekend husband-wife. papa duduk dengan parent dia kat Putrajaya, mama duduk dengan parent mama kat Seremban. weekend gilir-gilir Seremban-Putrajaya. gaji so-so je tapi oklah ada dari takde kan. dapatlah bayar duit kereta, duit cc etc. time tu keje takdelah stress sangat, tapi stress sikit sebab keje masuk kul7.30, balik ikut suka bos nak suruh kita balik pukul berapa. boleh? selagi dia tak balik, jangan harap staf boleh balik. aduuuhhh. duduk kat HEA plak, ngadap lecturer ngan student komplen macam-macam. adeh. tapi stress hilang bila diubati dengan rindu-rinduan yang dikumpul selama 5 hari, dilepaskan bersama papa on weekend. haha goli lak aiii nak taip nih. tapi serius weh, macam terapi gitu. tu yang lekat kot. =D

pastu mama dapat tau pregnant time kat Mantin ni lah. satu hari tu new registration day, kena stay sampai tak boleh bangun makan pon. lunch provided tapi ko makan kat ofis tu jugak. punyelah ramai student. sehari 2-3 ribu student register ko sanggup? sampai satu tahap, kepala mama dah pusing-pusing. tak pernah rasa macam tu. pastu member sebelah dah cuak. dia suruh gi klinik student, check dengan nurse kat situ. nurse saspek mama pregnant tapi mama tak rasa mama pregnant. yo lah, kata TTC kan. haha. lagipun kan mama ada cyst kt both ovaries. camana leh pregnant nih? lawak tol. nurse suruh beli urine test. sok pagi dia suruh test. air kencing pertama di pagi hari gitu. hehe. tapi mama tak beli pon sebab tak percaya! ngarut la kan? huhu.

pastu mama perasan gak badan panassss sokmo, bantai ekon 16degree pon tak puas. last-last telepek telangkup atas lantai sampai pagi. bila telangkup tu rasa macam ada keras-keras sket kat perut tapi lantak lah. angin kot. bangun pagi pulak loya-loya tekak. disertai dengan stain kat spenda. apakah yang sedang melanda ini??? mama diam je tak bagitau sesapa. ye lah, taknak sesapa berharap. mama pon taknak berharap, takut kuciwa. =(

weekend tu kebetulan mama balik KL dengan papa. home sweet home. stok UPT kit memang sentiasa ada, kata TTC kan. =) sabtu tu tergerak macam nak test, test lah. sekali test kau, dua line!! speechless!! tak tau nak kata apa. siap ketuk-ketuk benda tu lagi punye la tak caye ada dua line. haha. pada korang yang boleh conceive normal mesti tak heran kan. tapi pada orang TTC macam ai ni haruslah eksaited ok. setelah selama setahun lapan bulan test UPT manjang je satu line, so bila ada dua line tu terkedu mak dalam bilik air. haha. pastu gerak-gerak papa, dia dengar tak dengar je. mama cakap mama pregnant, dia celik mata, pegang perut mama pastu tido balik! bencikkkk. mesti dia ingat dia mimpi lah tu.

sementara tunggu pakcik tu bangun betul-betul, mama siap-siap nak ajak papa gi klinik. siap kemas umah bagai, last-last gi klinik kul11. =( boleh lah, asalkan pegi. hehe. sampai klinik, doktor boleh cakap apa, kenapa awak tak percaya pada kit tu? pastu mama bagitau la mama kan TTC, pastu ada cyst pulak kat both ovaries, mustahil ovum boleh keluar sebab cyst dah tutup ovari bla bla bla. fine, dia suruh kencing. pastu resultnye +ve!! hoyeh time tu tak tau nak melompat ke nak sujud syukur ke nak peluk papa pun tak tau dah. speechless abes. doctor nak scan tapi tak nampak apa-apa. dia suruh datang lagi dua minggu untuk scan lagi.

2 minggu pon berlalu...(macam novel gitu. =P)

mama confirm 8weeks pregnant. gilo kau sekali dapat tau pregnant dah 2 bulan! dah yang sebelum tu tak tau bergonjeng sana sini kan. syukur ya Allah, Allah pelihara kandungan time tu. pas dapat tau tu, papa nak rahsia-rahsia lagi dengan family. mama cakap mama tak boleh nak rahsia dah. mama bagitau ibu & abah. papa nak rahsia dengan family dia, takpelah asalkan ibu abah mama tau mama pregnant. i want that attention actually. hihihi. ofkos lah, i kan along, the first daughter yang pregnant dalam rumah tu. semua orang pon hepi hepi dah.

hey, bukan tajuk ni petua nak dapat anak perempuan ke? panjangnyeeeee mukadimah! haha. ampun ya bukk!!

oklah consider abes la cite TTC mama tu ye. kita sambung dengan petua nak dapat baby girl pulak. mama ada terbaca kat SINI, katanya nak dapat anak perempuan PERLU MAKAN BANYAK IKAN & SAYUR-SAYURAN. akhirnya, ku tau jua mengapa keluarnya Arsyad Hadi. hehe. mama tak suka sayur & prefer daging ayam@lembu daripada ikan. sebabnye entah. tak suka lah. so pasni start dari sekarang mama kena makan ikannnnnnnnnn sokmo, makan sayurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sokmo. cilok puree acad boleh? hehehe.

ok sekian sahaja petua untuk hari ini. jangan marah eh, petua satu perenggan je, mukadimah kemain lagi. kikiki.

Kenduri Solid Food

labu, pear, apple, carrot

labu in action
hoh, mama ni nama je orang nismilan tapi xreti buat masak lemak labu. huhu. ni first time pegang labu. mak datok kogheh (read : keras) lak aiiii. memang camtu eh? tapi bila dah rebus lembut je. hihi.
carrot

apple
ha dengan adanya apple cutter ni sangatlah menyenangkan ye. cutter ni beli kt cosway kot. tak sampai RM10 rasanya. kupas je kulit. pastu letak kat atas buah tu, potong turun ke bawah macam gambar bawah ni. dah siap! hihi.
apple mekar bunga gitu. hehe.

apple in action pulak.

apple after blend.

pear after blend.

carrot after blend.
mama penah perasan yang carrot ni kena tapis dulu ek? aduhhhh. dah buat banyak dah ni tak tapis. cane ek? huhuhuhu.
labu. cantek plak kan? smooth je. =)

so bila dah test semuanya, dapat dikenalpasti bahawa anakku takmo makan sayur dah macam first batch buat dulu. menurun ikut mak la nih tak makan sayur. Arsyad prefer epal & labu kata babysitter. maybe sebab manis kot. sayur kan kelat? haha sorry ye penggemar sayur, mama takleh telan sayur. huhuhu.

mama ingat lagi time Arsyad 5 bulan, bbsitter dah pesan beli Nestum je siap-siap. takpayah susah-susah nak buat puree bagai. sebab leceh nak kena rebus la apa la. mama diam je. pastu dah 6 bulan, mama buatkan solid food, time tu bagi broccoli dulu rasanya. Arsyad makan elok je. petang tu siap request esok bawak lagi ye. haha. yang leceh, yang buat pon mama kan? opah tolong suapkan aje. hihihi.

btw tengkiu so much opah! kalau takde opah pengsan la mama. hehehe.

entry diakhiri dengan gambar budak tombam ni. hihi.



IMPIAN by Mama Mira : Bawal Plain Polkadot RM20 je. =)






heh. stok tak banyak dah. nak abeskan stok ni supaya boleh restock yang baru. hihi. boleh tengok kat sini k : http://facebook.com/impianbymamamira ada lain-lain jugak. do like the page too! TQVM!!

Buli Anak?

hehe tajuk cam tak semenggah sikit eh. bukan buli anak, tapi macam main-mainkan anak ke, ke cane eh improper word dia? alah, apa-apa je lah. janji korang paham kan mama nak maksud apa. haha. weekend memang time untuk jalan-jalan, means bukanlah pegi vacation ke apa ke yang perlu nak spend banyak-banyak. tapi ni lebih kurang aktiviti keluarga gitu, ambik angin luar. lagipon balik-balik Arsyad nengok environment dalam rumah, pastu rumah opah. tak bagus tak bagus. kadang-kadang kena jugak expose dia tengah-tengah ramai orang, supaya dia boleh berfikir kenapa begini kenapa begitu.

dulu sebelum budak kenit ni boleh berpusing-pusing, dia baring je dalam stroller. pastu bila dah start pusing-pusing ni alahaiiii, dia boleh buat stunt plak dalam stroller, macam ni ,

spot the green bebe. hehe. =)

cuak mak oiii dia boleh pusing gitu sambil papa tolak sambil main-main. aduhhhh. rasa nak buh pagar pulak keliling stroller. pastu bila dia dah boring duk dalam stroller, dia bising protes mintak diangkat. sudahnye mama tolak stroller kosong. ramai yang oandang mama ok bila tolak stroller kosong ni. lagi-lagi papa suka jalan laju-laju nak main-main dengan Arsyad. mesti orang ingat mental apa tolak stroller kosong. anak ee mano? ke baru beli stroller? haha. so mama tak menyesal sama sekali membeli stroller RM119 ini kerana anak tak suka duduk di dalam. kalau mama beli stroller 4angka mau naik darah tinggi bila pikir. =P

budak kenit ni jugak dah boleh merangkak laju-laju as if kucing yang nak kejar kita dengan harapan kita boleh bagi dia ikan. haha. betul, bila dah dapat tangkap kaki kita, dia try nak berdiri pulak. tak ke macam kucing? kucing yang comel kan? kikiki. sekarang ni tulang belakang Arsyad dah kuat Alhamdulillah & insyaAllah, so semalam perasan-perasan nak belikan dia beskal ni,

wekkk! =D
maafkan lidah anakku terkeluar. gusi beliau gatal. memang itu habit beliau kini dok jilat-jilat bibir pastu ketap-ketapkan gigi atas & bawah. tengok steady je kan dia pegang handle tuh? tapi tak beli pon. sebab mama papa still tak yakin dengan kemampuan anak untuk duduk lama. hehe. tunggu Acad boleh berdiri betul-betul mama mintak papa belikan eh. hehe.

satu perubahan yang SANGAT ketara bila ada anak ialah, kalau masuk mall mesti pegi bahagian baby dulu. tak tau kenapa. sampai papa pon perasan, asek la tanya ada lagi barang yang takde ke? haha. mama tak tau nak jawab apa sebab rasanya macam dah ada semua. tapi entah. maybe nak update barang Acad, atau nak survey harga keperluan Acad yang akan datang, atau saje nak jamu mata Acad tengok mainan kalerful. so jadikle cenggitu. hehe. memandangkan anak iols boy, tak bermakna tak boleh main bebe eh. its more like nak train tangan dia menggenggam dan memegang sebab bebe kan lembut. nama pon plush toys. time untuk belikan mainan kereta lori rasanya belum tiba kot sebab semua tu part kecik-kecik kan. ini budak sikalang semua benda yang dia pegang dia nak masukkan dalam mulut. kalau masuk benda keras kang luka pulak gusi beliau. so bagi soft-soft sudah. oh jangan cakap mama tak bagi teether eh, ini budak sikit pon tak heran dengan benda tu. T___T

so bila lalu kat plush toys yang kalerful tuh, Acad agak terpana. terkedu dia kejap. pastu kepala teleng kiri kanan kiri kanan macam ghairah woh banyaknya benda menarek kat sini. haha. last-last, papa letak dia kat timbunan bebe, macam gini,

tengok dia punye terkedu. hehe.
takat jamu mata je lah Acad. nak belikan, lain macam pulak. anak mama boy, mesti ganas eh. takmo la main bebe-bebe ni. hehe. so jalan punya jalan, beli la barang sikit-sikit. sebab unplanned punye shopping kan. turn nak bayar, tengok ni,

nak scan kat mana eh? hehehe
hoho. shian dia. dah dia takmo duduk dalam stroller. nak berdukung je. puas dah gilir-gilir dengan mama. berat nak 8kilo weh. imagine ke hulu ke hilir ngangkut kampit beras. lenguh tangan! hehe. apapun syukur Alhamdulillah Acad membesar dengan sihat, berat dalam normal range, tak obese seperti mama papa. wakakaka.

Cerita Arsyad Hadi

hari ni hari Rabu kan? tengok gambar je eh? hehe. gambar-gambar ni semua time kenduri kawen maksu aritu. buat cerita best gak nih. hehe.

Assalamualaikum. Ini saya & papa saya. Aiseh, saya taktau kenapa saya nganga. Terkejut tengok semua biru barangkali. =P

Ini Tok Nyang saya. Tok Nyang nak salam saya tapi saya main-main tangan Tok Nyang pulak. hehe.

Pastu mama letak saya kat bawah untuk saya merangkak. kat depan saya ada pelamin biru. saya kompius kenapa biru?? mama kan suka pink. *tetibe*

Ok saya dah tak heran dah biru-biru ni semua. Main tikar nenek lagi best. Tikar baru woo. =D

Ini Atok saya & Uncle saya. Uncle ni gedik. orang lain suruh panggil Pak Ngah tapi dia nak Uncle jugak. bajet sangattt! Uncle saya suka panggil saya si gomok yang obese. jahat kan? tengok tu dia nak cium-cium saya. Atok rilek je. hehe.

Konon nak buat family potrait. baru nampak macam hari raya. tapi saya kan dah indipendent. saya dah boleh merangkak sejauh 1km/j. kenapa pegang saya? kenapa? saya meronta ronta pon nenek gelak jugak. Uncle boleh pulak sengih. tapi saya confuse kenapa papa tak amek saya?? huhu

dah penat meronta-ronta, jom la tido jap. zzzzzz

tapi kenapa mama tidokan saya depan pelamin?? malu tau mama orang tengok saya tido. harap-harap orang yang bergambar kat pelamin takdelah terselit kaki saya. hihi.

bila orang dok gelak-gelak amek gambar kat pelamin, saya terkejut-terkejut. terus telangkup dan tido bersepah. zzzzzzz

mama buat ape? perasan-perasan depan pelamin tunggu saya tido. sian mama kena jaga saya. gilir-gilir dengan papa sebab orang tengah ramai time kenduri tu. tapi saya percaya, mama suka jaga saya time ni sebab boleh ngelat takyah berlengas kat khemah. kuikuikui

sekian entry bergambar. hehe.

Confuse


ape beza GARFU dengan GARFU? tell me now tell me! last-last pakai tangan je. *sadis*

menu lunch fries sahaja? konyang weh!

Pregnant Mode

sabar sabar jangan terpedaya dengan tajuk di atas. mama saje je nak amek mood pregnant. tu yang pakai baju pregnant semalam. kikiki. sayangnye time pregnant tak rajin nak amek gambar diri sendiri. almaklumlah baby boy katakan. kalau baby girl mesti mama dah melaram sakan time pregnant. orang tua kata pembawakan la tu kononnya. ye la kot. meh tengok gambar seketul.

dalam surau lepas solat + projek tenusu. =P

tengok dalam cermin surau ni eh, macam kurus ek? haha. tak penah pulak papa puji kurus, dia kata sama je sebelum pregnant. haaaaaaaaaaaaa, kurus la jugak kan? =P hakikatnye berat mak masih 70kg uols. ideal weight 46.2kg - 62.4kg ok! *pitam*

perasan tak kat belakang baju mama tu macam terangkat sikit? haruslah baju ni bertali kat belakangnye. kisahnye gini, sebelum pam, mama solat dulu. pastu siap pakej buang air bagai, tak sedar yang tali tu termasuk dalam seluar. patut la time masuk surau tu, student dok senyum-senyum. mama pon wonder gak apehal la bebudak ni. mama kan PA DVC Research, kot-kot la diorang penah datang office mama nak jumpa Dato time mama pregnant dulu. pastu sekarang tengok mama dah kurus sket, so macam agak teruja. haha hebat kan andaian gitu?

so mama pon buat dek je. solat, pastu pam, pastu bersiap. daripada surau penuh, sampai tinggal mama sorang. ( tu yang leh amek gambo depan cermin tu. hihi) ok mind you, surau di level 3, hujung ke utara. office mama level 1, hujung ke selatan.

dah sudah solat, mama masuk VC office nak clarify something. sekali PA VC tegur,

weh, seksi la baju kau.

mama pon perasan kata la, baju ikat tali belakang memang la kan? *sambil pegang tali belakang* rerupanya maksud seksi dia tu, tali ikat pinggang tu still terselit kat dalam seluar okeh! boleh imagine tak? hoi malunye ya Allah tak tau nak kata ape. dah la mama jalan dari hujung ke hujung, naik turun lif sekor umat pon tak tegur. kojaq lak aiiiii. pastu bila dah perasan nak gelak besar-besar tapi kan mama dalam VC office, matilah kalau VC dengar. hohoho. so dah keluar baru boleh gelak besar. hahahaha.

mood nak pregnant terus terbantut time tu. memang takleh lupa nih. =D

Mintak-mintak Sempat Pakai

Diapers Tower. =P
kat bawah sekali Diapex, Huggies Dry, Pampers, Huggies Total Protection, Huggies TP Pants, BabyLove Night Tape. tujuh bungkus semuanya. lom campur enam bungkus beli kat expo jumaat lepas. jumlah ada tigabelas bungkus. gile tak mama & papa Acad? agak la kan? haha. yang memahal tu buat pakai malam, yang memurah buat pakai siang. Pants untuk travel.

Alhamdulillah Acad takde alahan dengan semua diapers. dari semurah-murah Hey Baby sampai ke mahal-mahal Pampers, mama tak kisah nak pakaikan Acad. tapi most of time feveret haruslah Huggies untuk siang, Mamypoko untuk malam. Pants both Huggies & Mamypoko untuk travel. tapi lepas muncul Diapex ni, buat pakai siang pon boleh. hehe. mama suka diapers yang ada wonder tape sebab nak pakai & nak tukar takde la susah. kalau nak pakai mesti ada tersilap lekat, so nak bukak balik bunyik dia masyaAllah, kalau baby tengah tido boleh terjaga tau. ini untuk anak mama lah ye, no harm untuk anak orang lain. =)

Huggies memang bagus untuk baby yang kuat tencing macam Acad. even diaper dah berat, kulit dia tak basah pon. memang dry. mama suka. hihi. Mamypoko toksah cakap la. dah banyak review dah kan. BabyLove pulak alternatif pada Mamypoko. cutting pon besar sikit macam Mamypoko. Pampers pulak mama tak tau cane prestasinye sebab beli aritu ada promo beli any RM30 P&G product, dapat payung kenit untuk budak kenit. haha. teruk betul mama ni kan? lantakkkkk.

Yang lain mama penah guna, Pureen Dry5 pek merah & Pureen Premium pek biru. Dedua pon ok, cuma beza kat tape & ketebalan. lepas bersalin kat PPUM aritu, PPUM pakaikan Pureen Premium kat Acad, so mama terus beli untuk time pantang. ok je. =) Pureen Dry5 pek merah nipis sikit & tape dia plastik.

PetPet pon penah guna. ok jugak, tapi cutting kecik eh. untuk baby selim boleh lah. untuk baka besar cam weolls ni takboleh. merah-merah drumstick Acad. kalau beli one size bigger plak terpanjang plak bawahnye, nampak cam londeh gitu. tak kemas lah.

Drypers pon penah guna. ok jek performance dia. mama selalu la usha nak beli yang ada print gambar epal ke love ke kat montot tu tapi manjang je tak jumpa. pastu kat kat diapers dia plain je just print wording Drypers je. bosan lah nengok. haha. apa la mama ni kan? tu pon boleh jadi faktor kan? eh haruslah. kalau tak nak tukar diaper pon takde semangat. haha sengal!

Hey Baby ok untuk pakai siang sebab nipis. again tape dia plastik so tak sesuwei untuk malam. pastu kalau takat tencin je ok lah, sekali pooooopoo amek tembus sampai ke pusat. punyela tak serap tu sebab melekat kat kulit baby. kalau dapat kat kulit baby yang sensitif, jenuh la nak buh cream gamaknye. huhu. dah murah kan?

ada lagi few brands yang mama beli kat Mydin time pantang tapi tak ingat pulak namanya. dah tu time pantang tak amek gambar diapers plak. lagipun time pantang baby kuat pee & poo kan? pakai murah-murah sudeh. huhu.

sekarang by umur 6 bulan setengah Acad dah pakai saiz L, tengok le frame omak apak eh. hehe. sume stok Acad dah takde M, mama dah beli saiz XL siap-siap. takut tak sempat pakai, montot dah montok. hahaha.

Apa pon, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar memberi pendapat. *peace*

Mom & Baby Expo 2012 punye cerita

selama ni pegi tak amek gambo. tapi kali ni semangat nak amek gambo. =P sebenarnye semangat nak pegi Jumaat lepas kerja sebab sakit hati takleh pegi Sogo Warehouse Sale. hukhuk. tapi kan Sogo sale semua barang, maybe tak sehebat expo nih kot. sale barang baby SAHAJA. *saje sedapkan hati*

Jumaat tu papa bagitau maybe dia balik lambat sebab tayar pancit. mama dah mengeluh dah. time ni la nak pancit kan. punye la semangat mama tak makan lunch time sebab nak gi pos barang orang yang shopping kat Impian by Mama Mira kan. selalu kitorang pos barang customer pas mama balik keje, tapi kononnye lah nak cepat Jumaat tu, konon sampai Midveli boleh terus terjah expo takyah gi pos dulu tapi dah papa kata tayar pancit, tolan air liur la menanti di rumah. hewhew. memang niat di hati mau memborong pampers kat expo tuh. sebab previous expo tak dapat nak memborong, limited stock.

mama rempit dari Batu 9, Cheras ke KL 20 minit je, jem sikit-sikit hari jumaat kan. so sempat la sampai umah kul 6.30 gitu. amek budak tombam cecepat, pastu bertapa kat umah tunggu papa. T__T. sanggup tak bukak tudung tau. *semangat kan?* tapi bertapa 15 minit je lah. lebih kurang 6.50 papa sampai, terus gi Midveli. pastu jalam jemnye ya Allah, berpusing kitorang ke Bangsar dulu, pastu dah sampai parking Garden nak tawaf carik parking dulu. mama dah pasrah dah. memang takde harapan nak borong nih. sekaliiii sampai kat expo kul7.31. better late than never kan? gitu. =)

Welcome to Mom & Baby Expo 2012. mama tak suke ada gambar pompuan berkemban kat atas kanan tu. *wek*
heh, this time semua hall bukak untuk expo ni jek. pernah gak sebelah jek. tu tak puas jalan. serius expo ni semua barang pon rasa macam nak beli. tapi kan tengah bulan nih, so beringatlah ye. back to tujuan asal. kang ada yang kais peti ais kang. haha. mama tutup-tutup mata je tengok breastpump murah-murah, baju murah-murah. hoho, Pureen kalau kat expo balik-balik tu je barang dia eh? harga yogurt wash RM11, tapi time sale Jusco RM10.90. beza seposen dengan Jusco time sale. so takde la murah mane dok? mama tak singgah Pureen pon. sombong kan? haha.

Ichiro Baby Wipes 7 packs 0f 30's RM20
kat website dia RM24. jimat RM4 mama. hekhek.
dari expo lepas lagi mama kompius kenapa penguin dilantik sebagai duta kepada wet tissue ini. so aritu mama jual mahal takmo beli, this time beli lah. tak tau la mahal ke murah. asek-asek pakai Pureen je, kasik lap pakai Ichiro la pulak ek Acad. hehe. 

Top from left : First Year Take & Toss RM15.90, Disney Baby Fantasy Top to Toe Wash RM8 each, Disney Cuties 2 packs of 80's RM10

Mangkuk First Year tu berguna untuk letak stok puree Acad. besau gak weh. 8 oz katanye. so ada 14 mangkuk sudah campur dengan yang beli aritu. campur dengan bekas Tupperware ada 4 ketul. total ada 18 bekas untuk puree Acad lah. lom campur ice cube Giant tu lagik. hoho, mama kena fokus lebih untuk puree Acad nih. biar la dapur berasap untuk puree je. hehe. yang wash tu beli sebab bosan dah dengan Pureen Yogurt tu. dalam bilik air sekarang tengah pakai Milk Bath Johnsons & Johnsons, multi used oleh mama & papa. serius terasa baby kulit lembut gituh. hehe. yang wipes tu saje nak test, sebab tengok pooh & tigger comel sangat eh. RM10 je pon. cecepat bayar sebelum amek banyak lagi. hihi.

banyak lagi benda comel-comel ni. boleh tengok kat Disney Cuties orait bebeh?

Diapex Easy RM25 each siap ada free sample Diapex Premium.

First time nampak Diapex ni kat Carrefour. RM29 je sebungkus. Mama suka Diapex sbb diapers dia kalerful. boleh gitu? hahah. kalau ada spenda camni teringin gak nak pakai. =P FB Diapex tengok SINI. rerupenye Diapex ni under NTPM eh. ala, NTPM kan produce tissue. tengok SINI. ada Diapex Premium jigak. RM60 for two packs tapi mama tak amek, konon nak beli Mamypoko. tapi Mamypoko takde la sale sangat kan? murah sebab pack biasa, bukan Jumbo pack kan? yang Jumbo pack pon boleh dapat RM41.90 time sale. takyah tunggu expo la gini. kuciwa. =(

Whoopee diapers RM25 each. siap free 5 pants. mama beli satu je sebab konon nak borong Mamypoko. tapi nan ado. hukhuk.
Whoopee ni ok la buat pakai harian. memang la tak sehebat mana, tapi takat nak bagi kat baby sitter ok la kot. oh, ekceli mama penah rekues sample. harini emel, esok dah sampai. pantassss! hantar je emel kt whoopee@peoplengrit.com, tajuk emel haruslah Whoopee Sample dengan details Nama, IC, Adress, Baby's Name, Baby's IC, Current Diaper, Request Sample Size. oh banyak details kan nak kena bagi, yo lah, kang ada yang ngelat dok rekues sample sampai ke sudah bengkrap le Whoopee dok bagi free je. orang nak nipu memacam cara kan? hmmm. nanti Whoopee sumpah baby dapat rashes baru tauuu! nauzubillahhh.

Baby Love Grow Pants RM32, Night Tape RM48 for two. Total RM80 dapat free sebungkuih pants. hebat kan?
Mama suka BabyLove ni sebab prestasi (wah prestasi tau!) macam Mamypoko. Baby Love ni premium version of PetPet sebenarnye. under one roof. mama tak suka PetPet sebab cutting kecik sket. Acad Hadi si tombam tu pehanya ya ampun, berketak-ketak. so harus lah pilih diapers yang cutting godang sikit. btw kalau beli PetPet dua bungkus dapat romper free ada tulis PetPet tau. sape yang nak romper free mesti beli kan? hehe.

Total Loss : RM216.90 with 90% for diapers only. hehe. alah, untuk anak apa salahnya kan? kita nak pakai spentot memahal, nak selesa kononnye tapi anaknye nak alas dengan memurah je pe kes? tak baik gitu kan.

pastu kan dah keluar dari expo tu ramai yang toleh tengok stroller Acad. ye lah, penuh 6 bungkus diapers kan? Acad dah selamat ngan papa. papa saje jalan laju-laju kat depan, malu la tuh mama sarat dengan diapers. hahaha. bebetul kat exit expo tu, ada sorang mamat ni usha baik punye. dia tengok papa dah lepas kat depan, dia dekat ngan mama plak. mama takut dia nak curik diapers, cecepat mama sorong stroller laju-laju tapi dia dah block mama. demyu! tau dia nak apa?

boleh bagi saya resit barang-barang semua ni?

woi, kalau korang cuak tak tetibe strangers tanya resit beli barang. nak kata orang LHDN, tak logik pulak ada approach gini. lain la kalau diapers leh exclude tax, memang mama cecepat bagi. haha.

pastu mama tanya dia kenapa? nak buat ape?

dia kata,

nak bagi anak masuk contest kat dalam.

so mama macam eh, kenapa ko tak beli je barang untuk anak ko? pastu ko masuk la contest apa pon ko nak anak ko masuk kan? mama pon dolak-dalih macam-macam la pusing kot tu tanya kenapa, untuk apa bagai. jawapan dia tetap sama.

nak bagi anak masuk contest.

last-last mama jawab,

kalau macam tu, baik saya bagi anak saya je yang masuk contest tu. kenapa nak bagi kat awak? *siap buat muka belagak kot time nih* hohoh

pastu dia dah give up kot mama soal macam-macam & jawab camtu. last-last dia surrender,

oh ye ke. ok la takpe, terima kasih.

pastu mama siap lari kat papa tau sebab takut orang tu kejar. hahaha. papa dah tunggu kat food court. bila duduk tunggu makanan siap kan, mama rasa macam,

apahal aku kedekut sangat tak bagi resit kat orang tu eh?? bukan aku heran sangat nak masuk contest kan?? kenapa eh aku camtu??

huhu, terus rasa bersalah tapi lantaklah. bila sudah makan, mama tengok mamat saiko tu ada lagi tunggu je orang keluar, semata-mata kerana resit. kalau korang seram tak weh??? masalahnye resit tu sampai sekarang mama tak tau lempar kat mana. kikikikiki

Allah is Everywhere!!

email from Human Capital Management to greet Mother's Day.
pagi tadi dapat emel tu dari HCM. memang setiap kali ada perayaan, orang HCM akan greet semua staff. mama bekerja di multi-racial company, so we need to respect each other lah kan. tapi kali ni, mama tergamam kejap. kat HCM ada la 3-4 orang Muslim. so mama find out, siapa yang send email tu. sebelum send email dapat approval daripada sesiapa tak? so mama call salah sorang staff HCM yang beragama Islam,

mama : boleh saya tau siapa yang send email pagi tadi?
HCM : email yang mana satu ye puan?
mama : email pasal Mother's Day tu.
HCM : oo, Ms X yang send. siapa ni ye?
mama : sorry saya taknak kena band tapi saya kena tegur wording tu tak betul. Ms X ada check dengan siapa siapa tak sebelum send out to all?
HCM : dah check dengan C?O, Dato dah approved. saya sebenarnya pon tak boleh nak kata apa. (tone dah down macam berbisik gitu.)
mama : o ye ke. bukan apa, kita respek agama dia, dia kena respek agama kita la. jangan ada yang kena panah petir balik ni sudah.
HCM : tu lah. saya pon serba salah. tak boleh nak buat apa dah sebab dah approved dr Dato.
mama : ye lah, tak boleh nak buat apa kan? ignore je lah. tengkiu.

conversation end.

yang mama marah sangat tu pasal statement ni lah ;

God could not be everywhere and therefore he made mothers...


sebetulnya, ALLAH IS EVERYWHERE!!
Allahuakbar. berilah hidayah kepada mereka-mereka ini akan siratulmustakim Ya Allah.

New Breastpump

disebabkan harini Wordless Wednesday, korang tengok dulu lah pam ni. =)


Modu Breastpump from Sarakids.
baru dapat semalam. tak pakai lagi. nanti mama review eh. tungguuuuuuuu.



p/s : mama kan sangat fanatik dengan pink. haruslah pam kaler pink. kikiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up